Ni apa ceritanya kat sini?

Simbol # 'perkataan sepanjang tahun'


Simbol hashtag (#) dipilih sebagai 'perkataan sepanjang tahun' oleh Persatuan Dialek Amerika (ADS), sekali gus membuktikan bahawa dunia teknologi semakin dekat digunakan oleh pengamal linguistik. 

Walaupun perkataan itu telah wujud sejak beberapa dekad, pakar bahasa memutuskan bahawa simbol berkenaan bakal berpengaruh pada tahun ini. 

''Tahun ini merupakan tahun hashtag menjadi fenomena yang tidak lekang daripada diperkatakan secara dalam talian,'' kata Pengerusi Jawatankuasa Perkataan Baru, Ben Zimmer dalam satu kenyataan. 

Hashtag pada mulanya menjadi popular di Twitter sebagai simbol jenaka atau digunakan untuk menekankan sesuatu komen. 

Ia kemudiannya merebak ke Facebook, sekali gus menjadi percakapan seharian pengguna di laman tersebut. 

Kemuncak kemasyhuran simbol itu apabila ia digunakan sebagai tajuk muka hadapan bagi edisi terakhir cetakan majalah Newsweek yang bermula dengan simbol tersebut. 

Selain di Twitter, simbol hashtag dengan pantas telah mewujudkan trend sosial dengan menyebarkan pelbagai mesej dalam pelbagai bidang daripada politik kepada budaya pop. 

Simbol hashtag juga mempunyai pesaingnya yang juga bersifat sementara seperti YOLO iaitu singkatan kepada You Only Live Once atau kamu hidup hanya sekali. [Sumber

No comments:

Post a Comment

Kalau sudi, jenguklah sini :)

Blog Ping

Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...