Ni apa ceritanya kat sini?

21,000 pisau untuk wanita di negeri India

SEORANG wanita memegang sebilah pisau yang diberikan oleh kakitangan parti Shiv Sena di Mumbai kelmarin.
SEORANG wanita memegang sebilah pisau yang diberikan oleh
kakitangan parti Shiv Sena di Mumbai kelmarin. 

MUMBAI – Sebuah parti politik berhaluan kanan India mengedarkan beribu-ribu bilah pisau kepada golongan wanita di sebuah negeri di barat India untuk digunakan mereka jika diserang. 

Pisau-pisau itu diberikan selepas seorang pelajar wanita yang berusia 23 tahun mati akibat dirogol oleh beberapa lelaki pada Disember tahun lalu. 

Parti Shiv Sena itu mengedarkan senjata tersebut pada Rabu lalu pada sebuah majlis yang diadakan di sini. 

Pemimpin parti itu, Ajay Chowdhary berkata, wanita harus menyimpan pisau tersebut dekat dompet mereka. 

Sejumlah 21,000 bilah pisau itu diedarkan manakala negeri Maharashtra yang kerap berlaku kejadian rogol dan bunuh menjadi tumpuan utama pengedaran. [Sumber

No comments:

Post a Comment

Kalau sudi, jenguklah sini :)

Blog Ping

Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...