Tweet |
Potret Kate Middleton yang dilukis oleh Paul Emsley. |
London: Potret rasmi diraja pertama Duchess of Cambridge, Kate Middleton dipamerkan kelmarin di Galeri Potret Nasional di sini.
Meskipun isteri Putera William itu gembira dengan sentuhan akhir karya itu, tetapi ulasan mengenai lukisan berkenaan bercampur baur.
“Nampaknya Paul Emsley terdorong dengan sentuhan ‘pelukis agung’ dalam lukisannya. Kate tampil separuh tersenyum seperti senyuman Mona Lisa yang begitu misteri seolah-olah dia menyimpan rahsia,” kata Pengarang Eksekutif ArtNews, Robin Cembalest.
“Bercakap mengenai kritikan diterima, sukar untuk melukis potret seseorang yang terkenal mengikut cara disukai ramai,” katanya.
Aduan utama daripada artis dan pengkritik menyatakan, potret itu membuatkan Kate kelihatan lebih tua.
“Bagaimana seseorang boleh menghasilkan wanita jelita, muda dan lemah lembut seperti Kate kelihatan seperti anak dara tua?,” tanya Tom Sykes dari The Daily Beast.
“Potret Kate Middleton sudah dipamerkan dan dia kelihatan seperti berusia 53 tahun,” lapor satu tajuk berita dalam akhbar The Star.
Namun, pengasas dan pengarang laman web kesenian yang berpejabat di New York, Paddy Johnson berkata, kekurangan personaliti dalam potret itu adalah kesalahan utamanya.
“Kate meminta Emsley menggambarkan wajahnya secara semula jadi tanpa bertanya sama ada itu adalah kemahiran utama artis terbabit. Ternyata tidak. Emsley ialah pelukis hidupan liar, terkenal dengan hasil lukisan yang mengalihkan subjek daripada persekitaran semula jadi,” katanya kepada Shine.
“Dia melakukan perkara sama dengan karya ini meletakkan Kate mengikut personaliti tertentu kurang latar belakang dan daripada membentuk sentuhan misteri seperti mana dilakukan ketika dia melukis imej badak, ia mematikan kerja seninya. Potret yang baik menghidupkan jiwa objek lukisannya dan bukan mematikannya,” kata Johnson.
Potret Kate itu dilukis Emsley berdasarkan foto yang diambil dalam satu daripada dua pertemuan pelukis terbabit dengan isteri William itu.
Kate menekankan dia mahu kelihatan seperti “dirinya secara semula jadi dan bukan dirinya secara rasmi” dalam potret yang dihasilkan itu, kata Emsley kepada Daily Mail.
Bagaimanapun, pengkritik seni Britain berpendapat Emsley keterlaluan dengan gambaran realistiknya mengenai Kate, menyifatkan ia sebagai gagal sepenuhnya.
“Nasib baik, Duchess of Cambridge tidak kelihatan seperti itu dalam kehidupan sebenar. Saya benar-benar sedih untuk mengatakan ini adalah potret yang teruk,” kata pengkritik seni Daily Mail, Robin Simon. [Sumber]
No comments:
Post a Comment