Tweet |
BEBERAPA aktivis haiwan mengangkat kurungan kayu yang mengandungi kucing di sebatang jalan raya di Changsa kelmarin. |
CHANGSA, China - Sebuah trak yang membawa lebih 1,000 ekor kucing terlibat dalam nahas di sebatang jalan raya di sini kelmarin.
Kucing itu yang diletakkan dalam sejumlah kurungan kayu akan dijual di restoran-restoran di Guangdong untuk dijadikan makanan.
Kira-kira 50 aktivis haiwan dan sukarelawan kemudian bertindak menyelamatkan kucing tersebut daripada disembelih untuk dijadikan makanan.
Kucing-kucing itu kelihatan lapar semasa para aktivis tersebut melihat haiwan berkenaan.
Para aktivis itu kemudian menghantar kucing tersebut ke sebuah klinik haiwan untuk dirawat. [Sumber]
No comments:
Post a Comment