Ni apa ceritanya kat sini?

Kaunter bergerak Bank Rakyat

Orang ramai melihat perkhidmatan bank bergerak yang dirasmikan Ismail Sabri di FELDA Bukit Mendi.
Orang ramai melihat perkhidmatan bank bergerak yang dirasmikan
Ismail Sabri di FELDA Bukit Mendi. 

Bera: Tujuh bank bergerak disediakan Bank Rakyat bagi memenuhi permintaan pelanggannya yang tinggal di kawasan luar bandar, termasuk Sabah dan Sarawak. 

Bank Rakyat membelanjakan RM2.59 juta untuk menyediakan perkhidmatan bank bergerak itu, sekali gus menjadikannya melangkah setapak dalam menawarkan perkhidmatan berinovasi kepada pelanggan. 

Pelbagai perkhidmatan 

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata perkhidmatan baru ini membuktikan Bank Rakyat sentiasa mempelbagaikan perkhidmatan mereka untuk memudahkan pelanggan. 

“Usaha Bank Rakyat memperkenalkan konsep seperti ini adalah satu lagi inovasi dan kreativiti bagi meningkatkan kecekapan kemudahan perbankan kepada orang ramai. Ia juga selaras saranan kerajaan mengenai konsep turun padang. 

“Bank bergerak ini dilengkapi kemudahan menyimpan, mengirim dan mengeluarkan wang di samping perkhidmatan lain. Ia juga dilengkapi jalur lebar dan cakera satelit untuk memudahkan urusan dalam talian. 

Semua khidmat ditawar 

“Semua perkhidmatan ditawarkan Bank Rakyat di kaunter boleh dilakukan di bank bergerak ini,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Bank Rakyat Bergerak di FELDA Bukit Mendi di sini, semalam. 

Hadir sama Pengerusi Bank Rakyat, Tan Sri Sabaruddin Chik. Bank Rakyat akan memperkenalkan perkhidmatan ini di lokasi terpilih di Dungun, Terengganu; Kuala Lumpur dan Pahang, manakala perkhidmatan sama akan ditawarkan di Sabah dan Sarawak secara berperingkat tidak lama lagi. [Sumber

No comments:

Post a Comment

Kalau sudi, jenguklah sini :)

Blog Ping

Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...