Ni apa ceritanya kat sini?

Perniagaan Sewa Kereta Kebal

1 comment:
SEORANG pengunjung mengendalikan sebuah kereta kebal di Kasota pada 9 Jun lalu.
SEORANG pengunjung mengendalikan sebuah kereta kebal
di Kasota pada 9 Jun lalu. 

KASOTA, Minnesota - Sebuah syarikat, Drive-a-Tank menawarkan kepada para pengunjung peluang mengendalikan kereta kebal tentera dan kenderaan perisai lain di sebuah kuari batu kapur di sini. 

Para pengunjung itu turut dibenarkan untuk merempuh kereta lama seperti dalam filem Hollywood dengan menggunakan kereta kebal. 

"Pengalaman memandu kereta kebal sungguh hebat," kata seorang pemuda berusia 19 tahun dari Connecticut selepas dia menggelek sebuah kereta dengan kereta kebal yang dipandunya pada minggu lalu. 

Pemilik syarikat tersebut, Tony Borglum yang merupakan seorang kontraktor peralatan berat membuka perniagaan itu tiga tahun lalu selepas melihat perniagaan yang sama ketika melawat England. 

Dia membeli sebanyak 11 kereta kebal era Perang Dingin untuk disewa oleh orang ramai di kawasan seluas 8 hektar di sini, 80 kilometer ke barat daya Minneapolis, Amerika Syarikat. 

Pakej asas Drive-a-Tank berharga AS$399 (RM1,270) termasuk memandu sebuah kereta kebal dan menembak mesingan. 

Para pengunjung yang mahu meremukkan sebuah kereta perlu membayar caj tambahan sebanyak AS$549 (RM1,748). 

Bayaran sekitar AS$3,500 (RM11,145) dikenakan jika mereka memandu kereta kebal untuk merempuh sebuah rumah treler. [Sumber]


Adastra - Kapal Layar Yang Dikawal Dengan iPad

No comments:
KAPAL layar Adastra berlabuh di Pelabuhan Manila di Manila, Filipina semalam.
KAPAL layar Adastra berlabuh di Pelabuhan Manila
di Manila, Filipina semalam. 

MANILA, Filipina - Sebuah kapal layar futuristik berharga AS$15 juta (RM47.7 juta) milik seorang ahli perniagaan perkapalan Hong Kong telah berlabuh di Pelabuhan Manila di sini semalam. 

Berbentuk seperti sebuah kapal angkasa, kapal persiaran mewah sepanjang 42.5 meter yang diberi nama Adastra itu memiliki dua lunjuran besar. 

Adastra diperbuat daripada gentian karbon dan Kevlar bagi menjadikan kapal berkenaan ringan. 

Syarikat reka bentuk kapal layar, John Shuttleworth Yacht Designs Ltd menyatakan kapal tersebut amat canggih dan ia boleh dikendalikan dengan menggunakan sebuah komputer tablet iPad. 

Akhbar South China Morning Post melaporkan pada awal bulan ini bahawa Adastra dibina di Zhuhai, China oleh firma Australia, McConaghy untuk usahawan, Anthony Marder. 

Marder memberitahu akhbar berkenaan bahawa kapal tersebut berlabuh di sini untuk kerja-kerja pelarasan sebelum ia melakukan pelayaran ke seluruh dunia. [Sumber


Kereta Kabel Tidak Berbumbung di Switzerland

No comments:
SEJUMLAH orang menaiki kereta kabel yang tidak berbumbung di kawasan pergunungan Stanserhorn dekat Lucerne semalam.
SEJUMLAH orang menaiki kereta kabel yang tidak berbumbung
di kawasan pergunungan Stanserhorn dekat Lucerne semalam. 

LUCERNE, Switzerland - Sejumlah orang menaiki kereta kabel yang tidak berbumbung di kawasan pergunungan Stanserhorn dekat sini semalam. 

Para penumpang juga boleh melihat pemandangan Tasik Lucerne dari tingkat atas kereta kebal tersebut. [Sumber


Felda Global Diapung, Harga Hari Pertama Dagangan Cecah RM5.46

No comments:
Felda Global Ventures Holdings Bhd
KUALA LUMPUR -  Felda Global Ventures Holdings Bhd mengakhiri dagangan pada paras kukuh dengan harga RM5.30 sesaham hari ini selepas muncul hebat dalam dagangan sulungnya di Bursa Malaysia pada harga RM5.39, apabila ia mencatatkan premium sebanyak 84 sen berbanding harga tawarannya, RM4.55. 

Peniaga-peniaga berkata penutupan dagangan FGV pada RM5.30, dengan premium 75 sen dan 2.615 juta lot bertukar tangan, adalah di luar jangkaan. 

Mereka berkata, ini merupakan ganjaran yang berpadanan bagi 112,635 peneroka yang telah mengusahakan tanah mereka selama lebih 30 tahun, kerana mereka kini memiliki saham-saham dalam satu daripada syarikat perladangan terbesar di dunia dengan prospek yang cerah memandangkan permintaan yang semakin meningkat bagi minyak sawit. 

Tablet Google Nexus 7 Berharga AS$199 di USA

No comments:
Google Nexus 7
Google Nexus 7 

SAN FRANCISCO - Syarikat Google kelmarin mengumumkan komputer tablet terbaharunya yang mengandungi perisian Android, Nexus 7 akan dijual pada harga serendah AS$199 (RM636) di Amerika Syarikat (AS). 

Komputer itu turut mempunyai perkhidmatan kedai internet Google yang menjual pelbagai genre filem, muzik dan lagu. 

Bagi menarik minat pelanggan, komputer tersebut akan dijual separuh daripada harga iPad. 

Ketua Unit Android, Hugo Barra berkata, berat komputer itu sama dengan sebuah buku berkulit keras. 

Menurutnya, komputer tablet Nexus boleh dipesan di rangkaian kedai Google Play di Kanada, Britain dan AS. Komputer tersebut akan dijual pada bulan depan. [Sumber


Tapak Pertanian Berusia 5,600 Tahun Ditemui Di Korea Selatan

No comments:
SEBUAH kawasan dipercayai kawasan pertanian tertua di Asia Timur yang ditemui di Goseong, Korea Selatan.
SEBUAH kawasan dipercayai kawasan pertanian tertua
di Asia Timur yang ditemui di Goseong, Korea Selatan. 

Seorang ahli arkeologi, Cho Mi-soon semalam mendakwa terdapat bukti kewujudan kawasan pertanian tertua di Asia Timur terdapat di Goseong, Korea Selatan. 

Menurutnya, tapak tersebut dipercayai berusia hingga 5,600 tahun. 

Pada zaman Neolitik, manusia mula tinggal di penempatan tetap dan bercucuk tanam selepas hidup secara nomadik dengan mengembara untuk mencari makanan. 

Menurut Mi-soon, terdapat serpihan barangan tembikar dan rumah ditemui di tapak berkenaan. 

Katanya, artifak berkenaan telah diuji dan disahkan berasal dari zaman Neolitik. [Sumber]


Doktor Mexico Buang Ketumbuhan 15kg Daripada Badan Kanak-Kanak

No comments:
GAMBAR X-ray menunjukkan rangka badan Jesus Rodriguez yang mengalami ketumbuhan di bahagian kanan badannya.
GAMBAR X-ray menunjukkan rangka badan Jesus Rodriguez
yang mengalami ketumbuhan di bahagian kanan badannya. 

Sekumpulan doktor di Mexico berjaya membuang ketumbuhan seberat 15 kilogram (kg) daripada badan seorang kanak-kanak berusia dua tahun, Jesus Rodriguez. 

Pengarah Pediatrik Pusat Perubatan La Raza di sini, Dr. Gustavo Hernandez berkata, ketumbuhan tersebut lebih berat daripada pesakit itu. 

Beliau berkata, kanak-kanak itu ketika dibedah pada 14 Jun lalu mempunyai berat badan 12kg. 

Doktor itu menyatakan kanak-kanak tersebut dilahirkan bersama satu bonjolan yang membesar sehingga ke bahagian celah lengan dan pinggul kanannya. 

Kanak-kanak itu berasal dari negeri Durango di utara Mexico. 

Hernandez memberitahu, sepasukan doktor mengambil masa sehingga 10 jam untuk membuang ketumbuhan tersebut. 

Menurutnya, pesakit itu berada dalam keadaan baik dan semakin sembuh. 

Beliau berkata, pembedahan tersebut adalah yang pertama melibatkan doktor di Mexico membuang ketumbuhan bersaiz lebih besar daripada pesakit. [Sumber


Wordless Wednesday : All About "THOR"

No comments:


Kura-kura Gergasi Ditemui Mati

No comments:
Petugas Taman Negara Galapagos mengangkat jasad Lonesome Geroge. (Gambar kecil) Lonesome George.
Petugas Taman Negara Galapagos mengangkat jasad 
Lonesome George. (Gambar kecil) Lonesome George. 

Seekor kura-kura gergasi, Lonesome George yang merupakan spesies haiwan pupus di kepulauan Galapagos, Ecuador, ditemui mati, kelmarin. 

Menurut pegawai Taman Negara Galapagos, kematian haiwan spesies nigra Chelonoidis itu menandakan berakhirnya sebuah delegasi keluarga kura-kura gergasi di Pulau Pinta yang sebelum ini melaksanakan usaha pemuliharaan spesies itu. 

Penjaganya, Fausto Llerena mengakui menjumpai jasad haiwan malang itu dalam keadaan terbaring di sebuah lubang berair di Pulau Santa Cruz. 

Lonesome George dianggar berumur lebih 100 tahun dan punca kematiannya masih belum dipastikan. Kura-kura gergasi jantan itu ditemui di Kepulauan Pinta pada 1972 yang mana ketika itu dilaporkan kura-kura gergasi spesies nigra Geochelone dipercayai telah pupus. [Sumber

Google Perkenal Tablet Nexus

No comments:

SAN FRANCISCO 26 Jun - Syarikat aplikasi enjin carian, Google memperkenalkan komputer tabletnya sendiri, Nexus, yang dilihat bakal memberi saingan kepada produk Apple, iPad. 

Pengenalan komputer tablet bersaiz tujuh inci itu akan diumumkan secara rasminya pada satu persidangan pereka Google bermula esok. 

Produk terbaru Google itu dikatakan boleh didapati dalam warna putih-hitam dan mempunyai cip asas, Tegra3 selain menggunakan sistem operasi Android. 

Nexus dilapor akan dijual pada harga kompetitif iaitu AS$250 (RM775) untuk model 16GB dan AS$199 (RM616.90) bagi model 18GB. 

Laman web telekomunikasi, Phone Arena mendedahkan imej yang dipercayai komputer tablet baru keluaran Google tersebut yang dikatakan mengikut ciri-ciri yang diperkenalkan oleh Samsung Galaxy. 

Daripada gambar tersebut, Nexus dilihat mempunyai dua kamera. 

Sebelum ini, produk telefon bimbit baru Google yang bakal diperkenalkan, akan menyaksikan syarikat aplikasi enjin carian itu bekerjasama dengan pelbagai penyediaan perkakasan keras. [Sumber

Wordless Wednesday : Pesanan Atok Yang Bijaksana

2 comments:


Ingin Memiliki iPad Baru? Jom Tengok Kat Sini !

No comments:

Tengah mengidam iPad Baru? ATAU pun printer Canon? Tunggu apa lagi, klik jer link kat bawah ini:

Spend with Ambank / AmIslamic Bank Credit Card and Win !


Pulau Buatan Manusia Dijual AS$6.5 juta

No comments:
IMEJ yang dihasilkan komputer menunjukkan pulau buatan manusia yang akan dibina firma Orsos Island.

Sebuah firma Austria akan membina pulau buatan manusia yang boleh terapung tetapi tidak mempunyai enjin.

Pulau tersebut bakal dijual pada harga AS$6.5 juta (RM20.5 juta).

Menurut pengasas syarikat Orsos, Gabor Orsos berkata, pulau tersebut boleh berlabuh di mana-mana lokasi.

Beliau menyatakan ia turut boleh ditunda ke lokasi lain.

"Minat terhadap pulau itu datang dari serata dunia termasuk Australia, China dan Amerika Syarikat," katanya semalam.

Orsos yang berasal dari Hungary menyatakan pihaknya memperoleh beberapa pembeli berpotensi dari Australia pada minggu depan.

Pulau itu dilengkapi dengan panel solar dan generator berkuasa angin.

Seramai 12 orang boleh tidur termasuk kru dan keluasannya ialah 1,000 meter persegi.

Pulau pertama itu akan siap dibina dalam tempoh antara 18 bulan hingga dua tahun.

Pembinaan pulau tersebut akan dilakukan di Slovakia. [Sumber

Empat Bangunan Tinggi Diiktiraf Terbaik Di Dunia

No comments:
Kiri ke kanan: Palazzo Lombardia (Milan, Itali), Menara Absolute (Mississauga, Kanada) & Menara Al-Bahar (Abu Dhabi)

Bangunan pencakar langit di Kanada, Qatar, Australia dan Itali dinamakan sebagai bangunan tinggi terbaik di dunia pada tahun ini oleh Majlis Bangunan Tinggi dan Penempatan Bandar (CTBUH).

Empat pemenang mewakili benua itu termasuk Menara Absolute di Mississauga, Kanada (Amerika), 1 Bligh Street, Sydney, Australia (Asia dan Australia), Palazzo Lombardia, Milan, Itali (Eropah) dan Menara Doha /Burj Qatar, Doha, Qatar (Timur Tengah dan Afrika).

Menara Al Bahar di Abu Dhabi memenangi anugerah inovasi pertama CTBUH untuk projek hebat skrin pelindung mentari kawalan komputernya.

Imej Kepala Balotelli Di Ladang Gandum

No comments:
HASIL kerja seni yang dihasilkan Gambarini menunjukkan imej seperti kepala Balotelli di Castagnaro kelmarin.

CASTAGNARO - Seorang artis seni, Dario Gambarini menggunakan sebuah traktor untuk menghasilkan imej seperti kepala bintang bola sepak Itali, Mario Balotelli di sebuah ladang gandum di sini kelmarin.

Menurut Gambarini, dia membuat kerja seni itu bagi memberi penghormatan untuk skuad Itali.

Imej itu berjaya disiapkan sebelum pasukan Itali menentang England dalam Kejohanan Bola Sepak Eropah (Euro) 2012. [Sumber


iPet Ganti Haiwan Peliharaan

1 comment:
Haiwan abad ke-21. robot anjing SmartPet diperkenalkan dalam Pameran Permainan Tokyo ini boleh mempamerkan emosi.
Haiwan abad ke-21. robot anjing SmartPet diperkenalkan dalam
Pameran Permainan Tokyo ini boleh mempamerkan emosi. 

Kira-kira 20 tahun lalu, Gameboy dianggap antara sebagai permainan berteknologi tinggi dalam kalangan remaja. 

Tetapi, kini telefon pintar adalah produk permainan terbaik yang boleh dijadikan sebagai haiwan peliharaan. 

iPhone yang tersenarai sebagai pilihan utama pengguna telefon pintar telah melalui transformasi untuk menjadi iPet atau haiwan peliharaan di Pameran Permainan Tokyo, baru-baru ini. 

Syarikat Bandai mengeluarkan produk inovatif itu untuk kanak-kanak yang berminat untuk memiliki haiwan peliharaan secara maya. iPet atau Smart Pet tersebut boleh diprogramkan untuk memaparkan pelbagai ekspresi haiwan itu menerusi skrin telefon pintar terbabit. 

Ia bakal menjadi pilihan utama pengguna yang mengalami alahan dengan bulu kucing atau anjing. [Sumber


Jari Budak Putus Digigit Pirana Belaan Keluarga

No comments:
Ikan pirana. (Gambar hiasan dari Google.)
Ikan pirana. (Gambar hiasan dari Google) 

Apabila anak perempuan mereka yang berusia 18 bulan menangis kerana hujung jarinya putus, kelihatan seperti digigit, kedua-dua ibu bapanya mengesyaki ia angkara anjing peliharaan mereka. 

Tetapi, selepas dilihat dengan teliti, polis mendedahkan ia mungkin disebabkan haiwan peliharaan yang lebih kecil dan lebih senyap, ikan pirana yang dibela oleh mereka. 

Polis di Maine Township, Illinois hanya memerhatikan ikan bergigi tajam yang berenang di akuarium berdekatan dengan tempat kanak-kanak itu bermain, ketika doktor mengesahkan gigitan itu bukan disebabkan oleh anjing. 

Mohamed Morsi Presiden Baharu Mesir

No comments:
MOHAMED MORSI melambai kepada penyokongnya pada satu perhimpunan di Kaherah pada 20 Mei lalu.
MOHAMED MORSI melambai kepada penyokongnya pada
satu perhimpunan di Kaherah pada 20 Mei lalu. 

Calon pergerakan Ikhwanul Muslimin, Mohamed Morsi diisytihar Presiden negara demokratik Mesir yang pertama oleh jawatankuasa pilihan raya semalam selepas beliau menewaskan bekas Perdana Menteri, Ahmed Shafiq dengan 51.7 peratus undi pada pusingan kedua pilihan raya Presiden yang berlangsung minggu lalu. 

"Pemenang pilihan raya Presiden Mesir pada 16 dan 17 Jun ialah Mohamed Morsi Eissa Al-Ayat," kata ketua suruhan jaya pilihan raya, Faruq Sultan. 

Menurutnya, Morsi memperoleh 13,230,131 undi berbanding 12,347,380 undi yang diperoleh Shafiq. 

Sekitar 51.8 peratus daripada lebih 50 juta pengundi berdaftar keluar membuang undi pada pilihan raya tersebut. 

Lelaki Kudung Kaki Panjat Gunung Kilimanjaro

No comments:
GAMBAR pada 22 Jun menunjukkan lelaki kudung kedua-dua kakinya, Spencer West tiba di puncak Gunung Kilimanjaro di Tanzania.
GAMBAR pada 22 Jun menunjukkan lelaki kudung
kedua-dua kakinya, Spencer West tiba di puncak
Gunung Kilimanjaro di Tanzania.  

Seorang lelaki yang kudung kedua-dua belah kaki berjaya menakluk puncak tertinggi di Afrika, Gunung Kilimanjaro, sekali gus menyangkal dakwaan beberapa doktor bahawa dia tidak akan dapat berfungsi dan menyumbang kepada masyarakat. 

Spencer West, 31, hilang kakinya ketika masih kanak-kanak akibat penyakit genetik, sacral agenesis yang menyebabkan bahagian bawah badannya lumpuh. 

Namun, warga bandar Toronto di Kanada itu tidak membiarkan kecacatan itu menghalangnya. 

Dia tiba di puncak Kilimanjaro, pada ketinggian sekitar 6,000 meter dari aras laut, Selasa lepas. 

Isteri Kaki Bola England Lepas Marah Di Jalan Raya Sesak

4 comments:
Maksudnya: “Chris, saya harap suku akhir berbaloi untuk mengorbankan ulang tahun kita. Jangan bergegas pulang!”
Maksudnya: “Chris, saya harap suku akhir berbaloi untuk
mengorbankan ulang tahun kita. Jangan bergegas pulang!” 

Menaiki pesawat menyaksikan Euro 2012 atau tunggu saja di rumah untuk meraikan ulang tahun perkahwinan dengan pasangan? 

Itulah dilema dihadapi seorang lelaki - hanya dikenali sebagai Chris - apabila sehelai kain pemidang digantung di sebatang jalan raya sibuk di antara Birmingham dan Sutton Coldfield. 

England bertemu Itali di Kiev dalam pusingan suku akhir Ahad ini dan peminat bola sepak dipercayai mula mengunjungi bandar raya di Ukraine itu untuk menyaksikan perlawanan berkenaan secara langsung. Namun, berdasarkan kain pemidang ini, nampaknya “Chris” berdepan dengan kemarahan pasangannya. 

Pada kain pemidang itu bertulis: “Chris, saya harap suku akhir berbaloi untuk mengorbankan ulang tahun kita. 

“Jangan bergegas pulang!” [Sumber


Bunga Mayat Mekar Selepas 9 Tahun

No comments:
BEBERAPA pengunjung melihat Titan Arum atau bunga mayat mekar semalam.
BEBERAPA pengunjung melihat Titan Arum
atau bunga mayat mekar semalam. 

COPENHAGEN, Denmark - Sejumlah pelawat yang mengunjungi Taman Botani di sini semalam dikejutkan dengan bau mayat mereput. 

Bau busuk itu sebenarnya berpunca daripada tumbuhan Titan arum atau nama saintifiknya, Amorphophallus Titanum. 

Spesies tersebut turut dikenali sebagai bunga mayat kerana mengeluarkan bau busuk apabila mekar. 

Bunga tersebut berkembang sekali sejak sembilan tahun lalu. [Sumber


Kucing Susukan Tikus

No comments:

RANAU: Walaupun kucing dan tikus dua haiwan sentiasa bermusuhan, namun perkara itu tidak berlaku bagi sebuah keluarga di Kampung Marakau, di sini, yang terkejut apabila mendapati kucing peliharaan mereka yang baru melahirkan anak turut menyusukan seekor tikus yang ‘menumpang’ manja bersama ibu kucing berkenaan. 

Menurut pemiliknya, Malik Kaibeh, 47, kucing peliharaannya yang dinamakan Puralan itu baru pertama kali melahirkan dua ekor anak di sebuah pondok berhampiran rumah mereka sebelum disedarinya pada 7 Jun lalu. 

“Saya melihat Puralan berulang-alik dua kali sambil menggonggong anaknya untuk berpindah dan hairan melihat ibu kucing ini turut menggonggong ‘anaknya’ yang agak pelik kerana memiliki ekor yang halus dan panjang selain berwarna hitam pekat. 

Perkara-Perkara Sunat Dilakukan Pada Hari Jumaat

No comments:

Antara Perkara-Perkara Sunat Dilakukan Pada Hari Jumaat.... 

1- Membaca surah Al-Kahfi 
Fadilatnya ialah menerangi antara 2 jumaat sebagaimana yang disabdakan Nabi SAW dalam hadis yang diriwayatkan oleh an-Nasa'i, al-Baihaqi dan al-Hakim daripada Abi Sa'id al-Khudri r.a, 

2- Mandi sunat jumaat, bagi orang yang akan pergi solat jumaat, 

Kenali 8 Sikap Anak Manja

1 comment:


KENALI 8 SIKAP ANAK MANJA 

1. Mereka menangis dan berteriak bila ingin sesuatu. 

2. Suka merajuk sambil terlentang di lantai dan tak mahu bangun. 

3. Sering marah dan bahkan memukul anda ketika anda menghukumnya. 

4. Mengabaikan pertanyaan anda. 

5. Bersikap kasar pada orang dewasa dan anak-anak lainnya. 

6. Menolak mainan atau perlakuan tertentu dengan adik beradik yang lain. 

7. Suka mempamer, dan menjadi perhatian diantara kelompok mereka. 

8. Selalu menginginkan yang dimiliki orang lain. Bila telah berhasil memilikinya, mereka selalu menginginkan sesuatu yang baru.

[Sumber : Anakku Hebat Membaca


Sebab-Sebab Rezeki Susah Nak Masuk

4 comments:

Fikir-fikirkan...


Microsoft Perkenal Tablet Surface

1 comment:
Komputer tablet baru keluaran Microsoft, Surface.
Komputer tablet baru keluaran Microsoft, Surface. 

Syarikat perisian Microsoft Corp mengumumkan pengeluaran komputer tablet terbarunya yang diberi nama Surface. 

Komputer tablet yang dilengkapi perisian Windows 8 dan skrin sesentuh mesra pengguna itu dijangka dilancarkan pada musim luruh ini. 

Surface didatangkan dalam dua versi iaitu menggunakan pemproses Intel Corp dan ARM Holdings. 

Kedua-dua versi itu turut dilengkapi penutup yang boleh dijadikan papan kekunci. 

Ciri-ciri komputer tablet Surface didedahkan oleh Ketua Eksekutif syarikat Microsoft, Steve Ballmer, di sini semalam. 

Harga gajet itu bagaimanapun masih belum ditetapkan. 

Usaha melancarkan komputer tablet keluaran sendiri secara tidak langsung menjadikan Microsoft bersaing dengan syarikat penghasil perkakasan komputer seperti Samsung Electronics Co Ltd dan Hewlett-Packard Co. 

Penjualan komputer tablet dijangka meningkat tiga kali ganda dalam tempoh dua tahun akan datang apabila dianggarkan sebanyak 180 juta unit akan dijual setahun pada 2013. [Sumber


‘Facecrook’ Bantu Polis Jejak Penjenayah

No comments:

HACKENSACK (New Jersey): Pejabat polis bandar raya ini mempunyai laman web baru yang memaparkan pemburuan suspek dan bukannya mencari kawan. 

“Facecrook” memaparkan nama, foto dan lokasi terakhir buruan dikehendaki oleh pejabat polis daerah Bergen. 

Laman itu turut mereka peta dan pengguna boleh menghantar maklumat bagi membantu pihak berkuasa menahan mereka yang diburu daripada mereka yang gagal membayar nafkah anak hingga kepada yang melakukan pembunuhan. 

Inspektor Mickey Bradley memberitahu akhbar The Record, dia mendapat idea mengenai laman itu kira-kira setahun lalu dan membeli alamat Facecrook pada harga AS$17 (RM53.6). 

Pengguna yang memasuki laman itu perlu bersetuju untuk tidak menggunakannya untuk “menakutkan atau mengganggu orang lain”. Laman itu juga mengandungi amaran “usah tangkap” bagi mengelak orang ramai menyalahgunakannya. [Sumber


Wordless Wednesday : Siapa Lagi Power?

1 comment:


Angry Birds Seasons v2.4.1 (PC Version)

No comments:
Angry Birds Seasons v2.4.1 (PC Version)

Salam pada semua. Buat peminat Angry Birds, kini Rovio telah menampilkan game Angry Birds Seasons dengan versi terbaru - v2.4.1, atau lebih dikenali sebagai Angry Birds Seasons: Piglantis

Koleksi Soalan Lawak Ustaz Azhar Idrus :)

No comments:
gambar hiasan
Gambar hiasan. 

ANTARA SOALAN LAWAK USTAZ AZHAR IDRUS (UAI) 

Soalan : Saya masih muda, mana patut saya pilih dulu, haji atau kahwin? 
Ustaz : Kalo kamu tengok tiang lampu nampak macam awek, wajib kahwen dulu. 

Soalan : Selepas dengar ceramah ustaz malam ini apa patut dibuat? 
Ustaz : Balik rumah makan nasi la, tanya aku plak, mana aku tau. 

Soalan : Ular dan kala jengking sunat dibunuh, boleh ustaz terangkan tentang haiwan ini? 
Ustaz : Buka channel Astro "Animal Planet". Aku bukan pakar hewan. 

Soalan : Apa hukum besarkan payudara? 
Ustaz : Adoi macam-macam, guna bahan kekal seperti silikon haram, tapi dgn cara bersenam, nak besar mana pon boleh.. 

Soalan : Bolehkah bergambar bersama dengan makwe? 
Ustaz : Boleh jika bertiga, dan bapak makwe tu duduk ditengah-tengah. 

Soalan : Apa hukum asyik teringat kekasih lama? 
Ustaz : Ini soal hati, x berdosa, sedangkan selipar jepun yang hilang pon kita teringat-ingat.. 

Soalan : Ketika berwudhu' saya selalu terasa nak terkentut, tolong saya ustaz... 
Ustaz : Nak kentut pun mintak tolong aku... kentut kena tahan sendirilah. 

Soalan : Betul ke ustaz kata pakai tudung tu tak wajib? 
Ustaz : Betul, boleh tutup rambut pakai baldi asalkan tak nampak... tapi tebuk sikit lubang untuk mata... 

Soalan : Di mana ustaz beli kopiah? 
Ustaz : Mentang-mentang boleh tanya soalan, itupun tanya, nasib baik tak tanya kat mana aku beli underware.. 

[Sumber dari Facebook]


Facebook Minta Nombor Telefon Untuk Elak Akaun Pengguna Digodam

2 comments:

Laman jaringan sosial popular, Facebook akan meminta pengguna aktifnya yang berjumlah lebih 900 juta orang supaya memberikan nombor telefon bimbit masing-masing bagi mengelak akaun mereka digodam. 

Ia sebahagian daripada usaha untuk meningkatkan tahap keselamatan bagi mengelakkan laman sosial itu digodam seperti yang dihadapi oleh jaringan sosial lain termasuk LinkedIn dan eHarmony. 

Berjuta-juta pengguna Facebook sudah boleh melihat satu pautan di laman akaun mereka meminta mengikut 'kaedah keselamatan mudah'. 

Mereka yang klik pautan tersebut akan dibawa ke laman keselamatan Facebook di mana mereka akan diminta memilih kata laluan unik dan diberikan tutorial bagaimana untuk mengenali penipuan melalui talian. 

Pengguna kemudian akan diminta untuk menyediakan nombor telefon bimbit bagi membolehkan pemulihan keselamatan akaun. 

Facebook mendakwa tindakan terbaru itu berkesan kerana apabila pengguna mengesahkan nombor telefon mereka, ia akan membenarkan laman web itu untuk memadamkan kata laluan mereka jika akaun itu digodam. 

Laman web itu kemudian akan menghantar satu mesej teks kepada pengguna bahawa kata laluan mereka telah ditukar. 

Tindakan terbaru itu dipilih berbanding penghantaran emel kerana kebanyakan pengguna tidak mengendahkan dan hanya akan memadamkannya. [Sumber


Video Rayuan Buat Paul McCartney, Minta Bantuan Selamatkan Muzium Beatlemania Di Hamburg

No comments:
MUZIUM Beatlemania yang pernah menjadi lokasi Beatles membuat persembahan pada 1960-an.
MUZIUM Beatlemania yang pernah menjadi lokasi
Beatles membuat persembahan pada 1960-an. 

Kakitangan Muzium Beatlemania membuat rayuan peribadi kepada seorang daripada anggota kumpulan popular era 1960-an dan 1970-an itu, Paul McCartney, supaya bertindak segera menyelamatkan premis berkenaan daripada ditutup. 

Dalam rakaman selama enam minit yang dimuat naik di YouTube, mereka menggesa McCartney memberikan bantuan kewangan segera. 

Terletak di kawasan pelacuran di Hamburg, Muzium Beatlemania itu ditempatkan dalam bangunan lima tingkat tetapi kini ia berdepan dengan krisis dana. 

Kumpulan Beatles sering membuat persembahan di beberapa kelab di Hamburg antara 1960 dan 1962. 

12 Bahagian Aurat Wanita Yang Perlu Dijaga

No comments:

DUA BELAS AURAT WANITA 

1. Bulu kening - Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening -Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari. 

2. Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng - Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…… 

3. Wangian - Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang - Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban. 

Pen Unik Berbentuk 'Gherkin' Pilihan Hadiah Hari Bapa

No comments:
Pen emas putih bertatah 76 butir berlian berbentuk "Gherkin" (bangunan ikonik London) ciptaan Jack Row.
Pen emas putih bertatah 76 butir berlian berbentuk "Gherkin"
(bangunan ikonik London) ciptaan Jack Row. 

Nama bekas graduan Universiti Birmingham City, Jack Row, 26, kini menjadi bualan selepas kejayaannya mencipta pen emas putih bertatah 76 butir berlian bernilai 27,000 pound (RM133,000). 

Pen yang dijual di gedung membeli-belah Harrods, Britain itu dikatakan menjadi pilihan inspirasi hadiah pada sambutan Hari Bapa pada 17 Jun ini. 

Beliau berkata, pen yang dianggap luar biasa itu dihasilkan menyerupai bangunan ikonik London iaitu Gherkin yang memiliki 41 tingkat. 

Menurutnya yang kini bekerja di butik perhiasan terkenal Jewellery Quarter di Birmingham, penghasilan pen termahal itu bermula apabila dia membuat rekaan prototaip bangunan Gherkin ketika kelas seni binanya semasa menuntut di universiti beberapa tahun lalu. 

“Agak sukar menyiapkan pen ini kerana memerlukan wang yang banyak, tetapi berbaloi apabila mendapat sambutan dari pembeli yang tahu menilai kehalusan ciptaan saya. Percaya atau tidak, saya sendiripun tidak mampu untuk membeli pen yang bernilai puluhan ribu pound ini,” katanya. [Sumber

Aksi Ngeri Rentasi Niagara

No comments:
AKSI Wallenda ketika berjalan di atas tali kabel merentasi air terjun Niagara dari bahagian Amerika Syarikat hingga ke bahagian Kanada, malam semalam.
AKSI Wallenda ketika berjalan di atas tali kabel merentasi
air terjun Niagara dari bahagian Amerika Syarikat
hingga ke bahagian Kanada, malam semalam. 

Ahli akrobat ternama Nik Wallenda semalam menyelesaikan perjalanan pertamanya merentasi air terjun Niagara lebih daripada satu abad, dalam aksi berani melepasi angin kencang dan tempias air untuk mencatat detik bersejarah di dunia. 

Puluhan ribu pengunjung membanjiri kedua-dua belah kawasan air terjun Niagara yang terletak di dua negara, Amerika Syarikat dan Kanada bagi menyaksikan Wallenda, 33, melakukan aksi berbahaya penuh debaran itu. 

Perjalanannya di atas tali kabel sejauh 550 meter dan berketinggian 60 meter di atas limpahan air terjun yang terbesar di Amerika Utara itu mengambil masa 25 minit, kurang daripada waktu jangkaan iaitu 35 hingga 40 minit. Dia melompat turun dari tali kabel itu di bahagian Kanada kira-kira jam 10.40 malam waktu tempatan. 

Peristiwa Israk dan Mikraj, dan Pengajaran Yang Perlu di Hayati

No comments:

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat. 

Sahabat yang dirahmati Allah, 

Setiap tahun apabila sampai tanggal 27 Rejab umat Islam diseluruh dunia akan mengadakan majlis sambutan peristiwa Israk dan Mikraj. Israk dan Mikraj berlaku pada 27 Rejab, setahun sebelum Hijrah Rasulullah SAW dari Makkah ke Madinah. 

Apabila berbicara tentang peristiwa Israk dan Mikraj ini, kita secara spontan akan terbayang kisah perjalanan Rasulullah S.A.W bersama malaikat Jibril dan Mikail yang boleh dibahagikan kepada dua fasa. 


1) Israk yakni perjalanan Nabi SAW menaiki binatang Buraq dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa, di Baitulmaqdis, Palestin. 

2) Mikraj ialah perjalanan dari Masjidil Aqsa ke Sidratil Muntaha di langit yang ketujuh. 


Lelaki Israel Mahu Jadi Warga Palestin

No comments:
Andre Pshenichnikov
Andre Pshenichnikov 

Seorang pendatang Yahudi dari Tajikistan, Andre Pshenichnikov, 23, menegaskan beliau mahu memutuskan semua hubungan dengan Israel dan akan memohon kerakyatan Palestin, satu insiden dianggap luar biasa dan amat jarang berlaku. 

Pshenichnikov, ditahan pihak berkuasa Tel Aviv baru-baru ini, selepas tinggal secara haram di Kem Pelarian Palestin Deheishe dekat Baitulaham dan berhasrat melepaskan kerakyatannya sebagai warga Israel. 

Beliau kini bercuti dua bulan di Eropah dan berharap dapat berpindah ke Tebing Barat apabila pulang nanti.

Insiden membabitkan warga Israel yang memohon untuk tinggal di bawah pentadbiran Palestin amat jarang berlaku. 

Cubaan Seberangi Air Terjun Niagara Dengan Kabel Besi

No comments:
KEADAAN kabel besi yang merintangi air terjun dan akan dilalui Wallenda bagi mencatat rekod dunia.
KEADAAN kabel besi yang merintangi air terjun dan
akan dilalui Wallenda bagi mencatat rekod dunia.
 

Pemegang enam rekod dunia Guinness, Nik Wallenda, akan cuba melakar sekali lagi namanya dalam sejarah dengan berjalan dari Amerika Syarikat ke Kanada melalui satu daripada air terjun terkemuka Niagara. 

Di kenali sebagai Air Terjun Ladam Kuda, Wallenda menggunakan kabel besi untuk melengkapkan perjalanan sejauh 549 meter. 

Lagak ngeri itu bakal disaksikan kira-kira 125,000 orang di air terjun memisahkan AS dan Kanada itu, manakala setengah bilion lagi menonton melalui televisyen. 

Wallenda akan berjalan di atas kabel yang diikat setinggi 67 meter dari permukaan air. 

Tahukah Anda ? (Versi Lawak)

No comments:

TAHUKAH ANDA ? 

1. Tahukah anda?.. Apabila kita membuang air kecil, badan kita akan menjadi sejuk kerana telah melepaskan haba melalui bahan kumuh. Jika kita men’gencing’ orang lain, maka haba akan terlepas dari badan orang itu lalu kita akan dilempang olehnya. 

2. Percayakah anda?.. Wanita mengelipkan mata dua kali lebih kerap daripada lelaki dan jantung wanita juga berdegup lebih laju berbanding jantung lelaki. Tapi percayakah juga anda bahawa, lelaki selalu ada dua mata air dan jantung mereka juga berdegup dengan lebih laju jika diketahui oleh isteri. 

3. Terdapat kira-kira 3,000 spesis pokok dalam setiap kawasan seluas 1.6 km persegi di hutan Amazon dimana jika seseorang bernama Amran memasuki kawasan itu, beliau berkemungkinan akan tersesat selama 3,000 jam jika tidak membawa kompas. 

Tanda-Tanda Cinta Yang Semakin Pudar... :(

No comments:

TANDA-TANDA CINTA YANG SEMAKIN PUDAR... :( 

♥ Malas angkat telefon. 

♥ Taip sms pun pendek2 jer.. 

♥ Dengan orang lain dia boleh cakap ‘single’..! 

♥ Bagi alasan 'awak nie terlalu baik untuk saya. saya tak layak untuk awak.' 

♥ Bila kita cakap “i love u”, dia balas ‘K” ja..?!! 

♥ Ada apa-2 hal asyik cakap malas, malas, malasss ja.. 

♥ Sudah pandai bergurau secara kasar dan menyakitkan hati.. 

♥ Dia dah x kisah kalau tak jumpa pun.. sebulan x jumpa lagi bagus.. 

♥ Apa kita buat dah tak betul dimata dia.. 

♥ Dia nampak kelemahan kita lebih dari kebaikan.. 

♥ Dia dah tak kisah apa yang jadi pada kita.. 

♥ Susah nak senyum @ gurau2 macam dulu-dulu.. 

♥ Dulu-dulu asal nak keluar dating jer mesti nak pakai baju matching.. sekarang dah taknak.. rimas katanya.. poyo plak dah katanya sekarang.. 

♥ Dulu boleh jer bergayut berjam-jam.. sekarang 5 minit pun susah,.. katanya hp cepat panas... 



Pelajar Kazakhstan Balut Tubuh Dengan 10 Meter Kertas Jawapan

No comments:
Gambar hiasan.
Gambar hiasan. 

Seorang pelajar Kazakhstan membalut dirinya dengan kertas bercetak 25,000 jawapan sepanjang 10 meter bagi ‘membantunya’ menjawab soalan peperiksaan memasuki universiti. 

Austrian Times semalam melaporkan, pelajar itu menduduki peperiksaan beberapa subjek, termasuk matematik, sejarah, bahasa Russia dan Kazakhstan. 

Ekoran cubaan menipu itu, pelajar terbabit diarah keluar dari dewan dan tidak dibenarkan meneruskan peperiksaan. 

Kementerian Pelajaran berkata, pelajar itu sepatutnya tidak bermasalah untuk lulus peperiksaan jika berusaha sedikit untuk menelaah pelajaran. [Sumber


Terlepas Peperiksaan Kerana Tertidur 2 Bulan

No comments:
STACEY bersama ibunya terpaksa berdepan banyak masalah, termasuk tanggapan serong orang ramai.
STACEY bersama ibunya terpaksa berdepan banyak masalah,
termasuk tanggapan serong orang ramai. 

Gara-gara menghidap penyakit gangguan saraf, seorang pelajar tercicir daripada peperiksaan selepas tertidur pada April lalu dan hanya terjaga minggu lalu. 

Disebabkan masalah itu, Stacey Comerford, 15, terlepas sembilan peperiksaan walaupun dia dijangka memperoleh markah A dalam setiap subjek diambilnya. 

Insiden itu juga mencatat rekod tidur paling lama untuk Stacey. 

Wordless Wednesday : USB Angry Birds Slingshot Controller

2 comments:
DIY USB Angry Birds Slingshot Controller


Singapore Airlines Tawar Suite Mewah

No comments:
PENUMPANG diberi layanan istimewa daripada pramugari (gambar atas) dan kabin persendirian dengan katil untuk dua orang.
PENUMPANG diberi layanan istimewa daripada pramugari
(gambar atas) dan kabin persendirian dengan katil
untuk dua orang. 

Pelbagai masalah yang sering dialami penumpang yang menaiki penerbangan jarak jauh bakal dapat diatasi apabila syarikat Singapore Airlines memperkenalkan suite peribadi mewah dalam pesawat A380 miliknya. 

Namun, untuk membolehkan ia dapat dinikmati, anda perlukan dana secukupnya. 

Bagi penerbangan dari New York ke Singapura, suite itu berharga AS$15,750 (RM50,147) seorang. 

Dengan tiket semahal itu, penumpang diberi kabin sendiri yang dilengkapi tirai tingkap serta pintu gelungsur bagi memastikan privasi. 

Bagi mengelak gangguan dari bunyi filem terkini ditonton penumpang sebelah, anda boleh menikmati siaran yang dikehendaki melalui televisyen 23 inci. 

Bangkunya pula bukan saja begitu luas, malah kemasan kulitnya dijahit dengan tangan oleh tukang jahit mahir dari Itali. [Sumber


How To Read A Tyre For Safety and Suitability

No comments:
How To Read A Tyre For Safety and Suitability

(Klik pada gambar kalau nak tengok lebih jelas.) 


Wordless Wednesday: Gila Main Bulan

No comments:

Zerg Rush on Google

No comments:

Zerg Rush is a Google easter egg: type in "ZERG RUSH" and play the game. Many zerg appear and want to eat your search results. Click and kill them :-) Good luck and have fun ... 

(It doesn't work with Internet Explorer. Try Google Chrome.) 



Surat Napoleon Dilelong RM1.29 juta

4 comments:
GAMBAR menunjukkan surat yang ditulis Napoleon dalam bahasa Inggeris.
GAMBAR menunjukkan surat yang ditulis
Napoleon dalam bahasa Inggeris. 
Sepucuk surat yang ditulis dalam bahasa Inggeris oleh Maharaja Perancis, Napoleon Bornaparte dilelong pada harga AS$405,000 (RM1.29 juta) kelmarin. 

Ditulis pada kertas bersaiz standard bersama cop diraja, surat tersebut merupakan latihan kerja rumah yang dihantar oleh Napoleon kepada seorang guru bahasa Inggeris pada tahun 1816. 

Menurut penganjur lelongan tersebut, latihan berkenaan adalah antara tiga pucuk surat berbahasa Inggeris yang pernah ditulis oleh Napoleon. 

Surat tersebut dibeli oleh Muzium Surat dan Manuskrip di Paris yang memenangi 'perang' bidaan lelongan tersebut dekat sini, selatan Paris. 

Harga lelongan tersebut lima kali ganda lebih tinggi daripada anggaran awal. 

Dokumen itu merupakan bukti kukuh bahawa Napoleon pernah mempelajari bahasa tersebut walaupun pada usia yang lewat. 

Menurut firma lelongan Osenat, Napoleon menulis surat itu semasa menjadi tahanan di Pulau Saint Helena selepas kalah dalam perang Waterloo. 

"Beliau sebenarnya menyanjung England. Orang Inggeris telah salah faham. Napoleon tidak membenci mereka. Beliau cuma seorang pemimpin tentera dan kepentingan Perancis berbeza dengan kepentingan Inggeris," kata Presiden Osenat, Jean-Pierre Osenat. 

Napoleon mati ketika hidup dalam buangan di pulau tersebut pada 5 Mei 1821 semasa berusia 52 tahun. [Sumber


Rupert, Kucing Paling Besar di Australia

No comments:
BESAR...Natalie Chettle menjulang Rupert, milik ibunya.
BESAR...Natalie Chettle menjulang Rupert, milik ibunya. 

Dengan saiz tiga kali ganda berbanding kucing biasa, ramai yang berfikir Rupert tidak akan membesar lagi buat masa ini. 

Bagaimanapun, kucing saiz besar melampau itu yang berat sembilan kilogram dan dianggap sebagai antara kucing paling besar di dunia, hanya baru membesar separuh dan dijangka terus bertambah gemuk. 

Kucing baka Maine coon itu baru mencapai separuh daripada berat kemungkinannya pada usia hampir tiga tahun. Beratnya dijangka bertambah sebanyak lima kilogram lagi. 

Ganjaran RM49,000 Tunjuk Muka Terhodoh

No comments:
Jika dilihat sekali imbas, memek muka Shuquan ini kelihatan seperti watak animasi, Popeye The Sailor Man.
Jika dilihat sekali imbas, memek muka Shuquan ini
kelihatan seperti watak animasi, Popeye The Sailor Man. 

Tang Shuquan menawarkan ganjaran 10,000 pound (RM49,000) kepada sesiapa yang boleh membuat memek wajah pelik seperti dilakukan olehnya. 

Pemegang Rekod Dunia Guinness dari China untuk kategori muka terhodoh berumur 43 tahun itu kini mencabar pesaingnya yang mempunyai kelebihan serupa. 

Shuquan menyatakan dia mengambil masa tujuh tahun untuk berlatih sebelum merealisasikan bakat unik tersebut di peringkat antarabangsa kira-kira 10 tahun lalu. 

Mac lalu, dia mengambil bahagian dalam rancangan televisyen, Rekod Dunia Guinness di Itali dan dianugerahkan AS$10,000 (RM32,000) serta pingat atas bakat luar biasanya. [Sumber


Kalau sudi, jenguklah sini :)

Blog Ping

Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...