Tweet |
Mohd Nasir menunjukkan senapang M16 dibeli remaja berusia 15 tahun yang berjaya dirampas Kastam Perak. |
Senjata palsu dirampas
IPOH – Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun ditahan untuk siasatan berhubung lima laras senapang yang dipesan secara talian melalui laman web yang berpangkalan di luar negara.
Lima bungkusan kiriman mengandungi M16, Air Rifle MP5, pistol Clock dan Colt 45 beserta peluru getah dan tembaga itu dikesan anggota Unit Kastam Pos yang memeriksa rapi melalui mesin pengimbas di sini kira-kira jam 12 tengahari, Sabtu lalu.
Pengarah Kastam Negeri, Datuk Mohd Nasir Said berkata, remaja terbabit ditahan di rumahnya dan dilepaskan dengan jaminan di bawah Seksyen Akta Kastam 1967.
“Kesemua senjata tiruan berkenaan berkualiti tinggi dan menyerupai senjata sebenar walaupun menggunakan peluru getah manakala Air Rifle seberat tiga kilogram itu pula menggunakan peluru tembaga.
“Nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM2,043.90 dan duti yang terlibat adalah RM878.88,” katanya dalam sidang media di Wisma Kastam di sini, semalam.
Menurutnya, penyalahgunaan senjata terbabit boleh membawa maut terutama yang menggunakan peluru tembaga.
“Jika senjata berkenaan jatuh ke tangan orang yang tidak bertanggungjawab, mungkin akan menggunakan senjata ini untuk tujuan samun dan rompakan serta pembunuhan.
“Kes melibatkan remaja terbabit masih diteruskan siasatan termasuk sumber kewangannya untuk membeli senjata terbabit,” katanya.
Mohd Nasir berkata, rampasan senjata tiruan ini juga melibatkan seiorang lelaki yang ditahan di Kompleks Imigresen Bukit Berapit, Pengkalan Hulu melibatkan sepucuk Air Rifle.
“Senjata berkenaan dianggarkan bernilai RM758.58 yang melibatkan cukai sebanyak RM303.43. siasatan terhadap suspek masih diteruskan berikutan Air Rifle dikategorikan sebagai senjata,” katanya.
Katanya, enam kes telah direkodkan sejak Jamuari lalu yang melibatkan pengimportan senjata dan senjata tiruan tanpa permit melalui pejabat pos.
“Individu yang membuat belian melalui laman web dari luar negara mengikrar dagangan sebagai barang mainan, barang mainan haiwan atau barang ganti untuk mengaburi pihak berkuasa.
“Jika disabitkan kesalahan dibawah Seksyen 135(1)(a) Akta kastam 1967 boleh dikenakan denda 10 kali ganda dari nilai barang atau penjara tidak lebih tiga tahun bagi kesalahan pertama,” katanya.
Orang ramai boleh menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti penyeludupan dengan menghubungi Kastam Perak di talian 05-5272010 atau talian bebas tol 1-800-88-8855. [Sumber]
Bahaya betul..... nak buat tembak apa agaknya budak tu.
ReplyDeletentahla... teruk betul budak tu... macam dah takde benda lain yang dia suka...
Delete