Tweet |
DUA pekerja memeriksa beberapa komponen elektrik lama di kilang tersebut. |
TREZZANO SUL NAVIGLIO, Itali - Sekumpulan penganggur mengambil alih kilang bekas majikan mereka yang tidak digunakan lagi di sini dengan tujuan untuk menubuhkan sebuah perniagaan kitar semula.
Sebelum ini, para penganggur itu merupakan pekerja di kilang tersebut yang merupakan pembuat komponen kenderaan.
"Kami akan dianggap sebagai orang buangan di dalam masyarakat dan kami 'mengitar semula' diri kami," kata seorang penganggur itu, Gigi Malabarba.
Projek itu pada kebiasaannya diharamkan tetapi pihak berkuasa tempatan dan pemilik kilang itu yang merupakan sebuah syarikat milik bank UniCredit bersetuju bertolak ansur untuk membenarkan ia dilaksanakan.
Para penganggur itu diberhentikan kerja ekoran masalah kemelesetan ekonomi yang berlaku di Itali. [Sumber]
No comments:
Post a Comment