Ni apa ceritanya kat sini?

Kenapa pemandu lelaki kereta api di Sweden pakai sk!rt? (video)


Pemandu lelaki kereta api di Sweden menemui cara baru bagi menangani larangan berseluar pendek pada musim panas dengan memakai skirt. 

Pemandu laluan Roslagsbanan di utara Stockholm diperlukan memakai seluar panjang atau skirt untuk bekerja. 

Akibatnya, puluhan pekerja memakai skirt untuk lebih selesa ketika bekerja sepanjang musim panas apabila suhu di dalam kabin meningkat sehingga 35 darjah celsius. 

Syarikat kereta api Arriva berkata, mereka tiada masalah dengan lelaki memakai skirt. 

“Pada pendapat kami, pemandu perlu kelihatan sopan apabila mewakili Arriva dan pakaian sedia ada menggambarkannya. 

“Jika pemandu lelaki mahu memakai skirt, biarkan saja,” kata pengurus komunikasi Arriva, Tomas Hedenius kepada akhbar tempatan, Mitt I. [Sumber



No comments:

Post a Comment

Kalau sudi, jenguklah sini :)

Blog Ping

Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...