Ni apa ceritanya kat sini?

Trak dengan hiasan bangkai haiwan diawet (3 gambar)


Trak dihiasi bangkai haiwan 

Montgomery (Alabama): Jika anda mahukan pengalaman menaiki kenderaan yang unik, sebuah trak ini mungkin dapat memenuhi keinginan itu. 

Tidak seperti kenderaan biasa, ia dihiasi berpuluh-puluh bangkai haiwan yang diawet, termasuk kepala buaya, rakun, kucing liar dan katak. 


Gambar kenderaan itu dirakam jurufoto Diane Dodd ketika dia melalui kawasan savana di selatan Amerika Syarikat. 

Bagaimanapun, kata Diane, dia tidak sempat berbual-bual dengan pemandu trak aneh berkenaan. “Dia kelihatan seperti seorang pemburu,” katanya. 

Diane berkata, kegiatan berburu dilakukan ramai orang di AS, terutama di Georgia. “Mungkin trak itu cara mereka menzahirkan seni berburu,” katanya. [Sumber


(Sumber gambar : The Sun

No comments:

Post a Comment

Kalau sudi, jenguklah sini :)

Blog Ping

Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...