Ni apa ceritanya kat sini?

'Bank lembu' pertama di Zimbabwe


Zimbabwe buka bank lembu 

Marondera: Zimbabwe membuka bank lembu pertamanya bagi membolehkan peminjam meminjam wang dengan menjadi ternakan mereka sebagai cagaran untuk mendapatkan wang tunai. 

Bagi kebanyakan petani miskin di negara Afrika Selatan, ia adalah akaun bank pertama yang pernah mereka miliki. Bank berkenaan diasaskan seorang pakar kewangan dan aktivis sosial, Tawanda Nyambirai. 

TN Bank, yang memperkenalkan kaedah ini, adalah satu-satunya cara penternak boleh mendapatkan wang melalui penilaian ke atas ternakan mereka, tanpa perlu menjualnya, kata eksekutif bank berkenaan, Charles Chakoma. 

Beliau berkata, melalui kaedah itu, pemilih ternakan perlu membayar faedah dan boleh memilih untuk mendapatkan semula ternakan mereka selepas dua tahun, atau meminjamkannya kepada bank untuk tempoh lebih lama. 

Petani boleh mendapatkan pinjaman pada jumlah yang sama dengan nilai lembu yang diserahkan kepada bank. 

Jika mereka gagal membayar balik pinjaman, bank akan menahan ternakan yang diserahkan. Jika pemilik meninggal dunia, anggota keluarga yang rapat boleh mengambil alih pembayaran pinjaman berkenaan. 

Bank berkenaan yang memiliki rangkaian restoran makanan segera di seluruh negara, pihaknya juga akan menyembelih lembu yang sudah tua dan menggantikannya dengan lembu muda dan lebih produktif dengan nilai yang sama. 

Seorang petani, Wiliam Mukurazita, 69 dan isterinya Elizabeth, 66, ada 70 ekor lembu di kediaman mereka di perkampungan Masomereta 140 kilometer dari Harare. 

Malangnya masalah kesihatan menyebabkan mereka tidak dapat menjaga ternakan, manakala sekurang-kurangnya 20 haiwan mati atau dicuri. 

Mereka memutuskan untuk mencagarkan 24 ekor lembu dengan TN Bank dan sekarang mempunyai AS$10,000 (RM31,5550) wang yang sama nilai dengan lembu terbabit. [Sumber

No comments:

Post a Comment

Kalau sudi, jenguklah sini :)

Blog Ping

Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...