Ni apa ceritanya kat sini?

Facebook perkenal butang hashtag



Facebook kelmarin memperkenalkan perkhidmatan baharu iaitu butang hashtag kepada penggunanya. 

Penggunaan hashtag telah digunakan secara meluas di Twitter dan laman perkongsian gambar, Instagram sebagai cara pengguna mendapatkan lebih maklumat tentang sesuatu perbincangan atau mengikutinya. 

Pengguna Facebook sendiri turut mula menggunakan simbol itu dalam komen serta status mereka, tetapi masih belum boleh menggunakannya sebagai alat carian. 

Namun, Facebook telah menjadikannya kenyataan dan pengguna laman sosial itu kini boleh menambahkan simbol hashtag pada perkataan atau frasa ke dalam pos mereka dengan pengguna lain boleh menekannya serta menggunakannya sebagai terma carian. 

Perkataan atau frasa yang diletakkan simbol hashtag akan dipaparkan bersama senarai pengguna lain di seluruh laman tersebut yang turut menggunakannya atau membincangkan isu sama. 

Sebagai contoh, apabila pengguna Facebook menonton satu rancangan popular televisyen seperti The Apprentice, mereka boleh menambah '#theapprentice' di akhir pos mereka. 

Pengguna lain yang turut menonton rancangan sama atau yang belum menontonnya tetapi berminat untuk mengetahui apa yang berlaku, boleh menekan hashtag tersebut. 

Setakat ini, kira-kira 20 peratus pengguna Facebook boleh menggunakan perkhidmatan baharu itu dan dijangka kesemua penggunanya boleh menggunakan ciri-ciri tersebut dalam tempoh beberapa minggu lagi. [Sumber

No comments:

Post a Comment

Kalau sudi, jenguklah sini :)

Blog Ping

Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...