Ni apa ceritanya kat sini?

[Unik] Gambar pasangan pengantin 'dikejar' T-Rex


Sepasang pengantin mengambil keputusan untuk mengambil gambar seolah-olah dikejar oleh T-Rex pada hari bersejarah mereka dan ia merupakan gambar perkahwinan yang paling unik pernah dirakamkan. 

Uniknya, gambar yang diambil itu disertakan bersama para tetamu yang seakan-akan sedang dikejar haiwan ganas berkenaan yang menggunakan teknik ‘photoshop’ oleh jurugambar Quinn Miller. 

“Tetamu dan pengantin mesti meluru tepat ke kamera. Saya juga perlu melihat ketakutan mereka, bukan riak muka biasa,” katanya. 

Pengantin lelaki yang dikenali sebagai James Lowder merupakan peminat dinasor sejak dahulu lagi dan beliau mengakui terpaksa memujuk isterinya, Katie Young untuk menerima idea gilanya itu untuk mengabadikan foto kenangan perkahwinan mereka. 

Gambar perkahwinan itu telah dimuat naik menerusi laman web Reddit minggu ini dan mendapat beribu-ribu hits dalam masa kurang 24 jam. [Sumber

No comments:

Post a Comment

Kalau sudi, jenguklah sini :)

Blog Ping

Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...