Ni apa ceritanya kat sini?

Pesara bina Taj Mahal sendiri untuk isteri tercinta

Faizul Hasan Kadari membina replika Taj Mahal untuk isterinya Begum Tajmulli yang meninggal dunia pada tahun 2011.
Faizul Hasan Kadari membina replika Taj Mahal untuk isterinya
Begum Tajmulli yang meninggal dunia pada tahun 2011. 

Taj Mahal dianggap simbol keunggulan cinta dan kesedihan seorang suami kepada isteri. 

Ketika maharaja kerajaan Mogul, Shah Jahan kehilangan isteri ketiga yang dicintainya, Mumtaz pada 1631, dia membina Taj Mahal, bangunan makam marmar putih. 

Justeru, apabila dia bersara, Ketua Pos India, Faizul Hasan Kadari, 77, yang turut kehilangan isteri juga memutuskan untuk membina Taj Mahal sendiri untuk wanita terbabit, lapor akhbar The Telegraph. 

Kini selepas 16 bulan, Taj Mahal mini binaannya hampir siap dibina di atas tanah seluas 5,000 kaki persegi di Bulandshar, dekat Lucknow, ibu negeri Uttar Pradesh, di utara India. 

Menurut laporan akhbar itu, Faizul yang isterinya meninggal dunia pada Disember 2011, kini menjadi selebriti tempatan. 

Faizul Hasan Kadari dengan gambar isterinya, Begum Tajmulli
Faizul Hasan Kadari dengan gambar isterinya, Begum Tajmulli 

Sementara Taj Mahal berdiri pada ketinggian 170 meter dan diapit dengan empat menara 39 meter, binaan makam dibina Faizul sebagai lambang cinta kepada isterinya, Begum Tajmulli, dilaporkan setinggi sebuah rumah. 

Binaan itu hampir siap. Faizul hanya menunggu ia disaluti marmar putih dan ukiran kaligrafi ayat al-Quran. Setakat ini, dia sudah membelanjakan 2 juta rupee (RM108,928) dan bercadang mahu menambah perbelanjaannya. 

Dia memberitahu akhbar India, Mail Today: “Binaan ini akan mempunyai semua yang ada di Taj Mahal. Apabila siap, ia akan meliputi kawasan seluas satu hektar yang turut mempunyai taman sama seperti taman di Taj Mahal.” [Sumber

No comments:

Post a Comment

Kalau sudi, jenguklah sini :)

Blog Ping

Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...