Tweet |
Ismail Jasim Mohammed |
Seorang petani muda mendakwa dia memakan kala jengking hidup setiap hari sejak 15 tahun lalu kerana ketagih.
Ismail Jasim Mohammed, 34, berkata, pada awalnya dia bosan kerana sentiasa menjadi sasaran sengat haiwan berbisa itu.
Justeru, kata petani di Samarra itu, dia mahu membalas dendam dengan membaham kala jengking yang ditemuinya.
Menurut media, sejak 15 tahun lalu Ismail hidup bersama kala jengking dan ular berbisa. Katanya, selepas 15 tahun memakan kala jengking, kini amalan itu melekat pada dirinya.
“Saya ketagih dan mesti memakan kala jengking setiap hari."
“Jika saya tak dapat memakan kala jengking sehingga tiga hari, saya tidak boleh hidup tenang,” katanya. Ismail berkata, dia pernah disengat kala jengking pada bahagian mulut.
“Tetapi saya kini lali dengan sengatan itu,” katanya. [Sumber]
No comments:
Post a Comment