Tweet |
Claire Bartlett |
Cambridgeshire: Seorang wanita mengalami keadaan ganjil - membasuh dan mengemas rumah ketika tidur.
Claire Bartlett, 50, membasuh pinggan mangkuk, menyapu dan menggilap tingkap ketika nyenyak tidur.
Kejadian ganjil itu bermula pada Claire Oktober lalu.
Bagaimanapun, kerana kerja yang dilakukan itu baik, dia mahupun suami, Crispin, 63, tidak berusaha untuk mencari rawatan bagi mengatasi masalah berkenaan.
“Saya berpendapat ia menjadi impian semua isteri dan setiap suami. Saya tidak merasa penat selepas itu. Lebih menyeronokkan kerana apabila terjaga, semuanya sudah beres.
“Ia berlaku kira-kira tiga kali seminggu. Keluarga saya berpendapat ia agak kelakar. Malah saya mula membiarkan pinggan tidak berbasuh dengan harapan saya akan membasuhnya ketika tidur.” katanya ketika ditemui media.
Claire dari Newport, Wales Selatan mempunyai dua anak dan mereka turut mula berjalan dalam tidur secara tiba-tiba enam tahun lalu.
Pakar tidur Dr Nicholas Oscroft dari Hospital Papworth di Cambridgeshire berkata: “Apabila masalah ini berlaku, mereka biasanya separuh sedar, tetapi bukan dalam keadaan kesedaran yang normal.” [Sumber]
No comments:
Post a Comment