Tweet |
Secara tidak sengaja, Samsung mendedahkan butiran telefon pintar Galaxy S4 versi mini di laman sesawang syarikat gergasi alat telekomunikasi itu, semalam.
Melalui paparan itu, Samsung mempamerkan telefon berkenaan sebagai pilihan di kedai dalam taliannya.
Telefon bimbit itu dijangka diumumkan secara rasmi pada Julai ini dan dilengkapi skrin 4.3 inci bagi mengatasi rungutan pengguna model sebelum ini yang menganggap skrin 5 inci terlalu besar.
Bagaimanapun, paparan itu hanya dapat dilihat seketika sebelum dipadamkan.
Samsung juga enggan memberikan sebarang kenyataan mengenainya.
Awal bulan ini, pengguna misteri di Weibo cuba menggunakan identiti PunkPanda - membocorkan gambar produk Samsung S4 mini. [Sumber]
No comments:
Post a Comment