Tweet |
Gambar hiasan. |
Pihak berkuasa New Zealand semalam mengeluarkan senarai nama bayi yang ditolak kerana terlalu ganjil atau meloyakan seperti ‘Lucifer’ (Syaitan) dan ‘Mafia No Fear’.
Kenyataan yang dikeluarkan bersama-sama senarai 77 nama yang dilarang itu mendedahkan bagaimana seorang bayi hendak dinamakan ‘Anal’ (Dubur) sebelum Jabatan Hal Ehwal Dalaman menggunakan kuasa veto untuk menolak cadangan itu. Ada juga ibu bapa yang mencadangkan nama mereka sebagai ‘.’ yang bermakna tanda berhenti.
Nama lain yang termasuk dalam senarai itu ialah ‘4Real,’ ‘V8,’ dan ‘Queen Victoria.’ Dalam beberapa kes lain, ibu bapa kelihatan hilang punca untuk menamakan anak mereka apabila meletakkan nama anggota tambahan dalam keluarga itu hanya dengan ‘2nd,’ (Kedua) ‘3rd’ (Ketiga) atau ‘5th’ (Kelima).
Jabatan berkenaan juga melarang keluarga menamakan anak mereka dengan gelaran rasmi seperti ‘King,’ ‘Duke’ atau ‘Princess.’ Permohonan untuk menamakan anak dengan nama ‘Justice’ ditolak sebanyak 62 kali. Nama ‘Justuz’ dan ‘Juztice’ juga dilarang.
Pada 2008, mahkamah keluarga New Zealand mengarahkan nama seorang anak ‘Talula Does The Hula From Hawaii’ ditukar atas alasan ia memalukan dan akan menjadikan kanak-kanak itu bahan ketawa kemudian hari.
Ketika itu, hakim Rob Murfitt menyelar ibu bapa yang menamakan anak mereka dengan nama ganjil dengan menyebut beberapa contoh seperti ‘Number 16 Bus Shelter,’ ‘Midnight Chardonnay’ dan pasangan kembar ‘Benson’ dan ‘Hedges.’ [Sumber]
No comments:
Post a Comment