Tweet |
KUALA LUMPUR - Lapan belas menteri kabinet menang manakala empat lagi kalah pada pilihan raya umum ini.
Barisan kabinet yang menang pula diketuai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang mempertahankan kerusi Parlimen Pekan dengan majoriti 35,613 undi menewaskan Mohd Fariz Abd Talib @ Musa dari PKR yang memperoleh 15,665 undi.
Di Parlimen Pagoh, Johor, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menewaskan calon PAS Mohamad Rozali Jamil dengan majoriti 12,842 undi.
Mereka yang kalah ialah Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, enteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Chor Chee Heung dan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi Tan Sri Benard Giluk Dompok.
Kong, yang juga setiausaha kehormat MCA, gagal mempertahankan kerusi Parlimen Lumut, Perak yang dimenanginya pada 2008 kepada calon PKR Mohamad Imran Abd Hamid dengan majoriti 8,168 undi.
Sementara dalam perebutan tiga penjuru yang melibatkan Raja Nong Chik, Nurul Izzah Anwar (PKR) dan Rusli Baba (Bebas) di Parlimen Lembah Pantai, Kuala Lumpur, Raja Nong Chik yang pertama kali bertanding di kawasan parlimen itu tewas kepada Nurul Izzah dengan majoriti 1,847 undi.
Di kawasan Parlimen Alor Star, Kedah yang menyaksikan pertandingan empat penjuru, yang melibatkan Chor selaku penyandang kawasan berkenaan, tewas kepada calon PKR Gooi Hsiao-Leung dengan majoriti 1,873 undi.
Naib presiden MCA itu menghadapi pertandingan empat penjuru iaitu berhadapan Gooi, Abdul Fisol Mohd Isa (Berjasa) dan Jawahar Raja Abdul Wahid (Bersama).
Sementara Benard, yang juga Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko) tewas kepada calon PKR, Iginatius Dorell Leiking dengan majoriti 10,216 undi.
Paling menarik pada pilihan raya umum kali ini ialah kemenangan Presiden MIC Senator Datuk G. Palanivel yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri di kawasan Parlimen Cameron Highlands, Pahang.
Palanivel, yang menang dengan majoriti hanya 462 undi, berhadapan saingan lima penjuru di Cameron Highlands -- Mohd Shokri Mahmood (Berjasa), Manogaran Marimuthu (DAP), Kisho Kumar Kathirveloo (Bebas) dan Alagu Thangarajoo (Bebas).
SENARAI MENTERI KABINET YANG MENANG:-
1. Datuk Seri Najib Tun Razak (Pekan)
2. Tan Sri Muhyiddin Yassin (Pagoh)
3. Senator Datuk Seri G. Palanivel (Cameron Highlands)
4. Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (Padang Rengas)
5. Senator Datuk Seri Jamil Khir Baharom (Jerai)
6. Datuk Seri Hishammuddin Hussein (Sembrong)
7. Datuk Seri Shafie Apdal (Semporna)
8. Datuk Seri Mustapa Mohamed (Jeli)
9. Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek (Kemaman)
10. Datuk Seri Dr S. Subramaniam (Segamat)
11. Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (Bera)
12. Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah (Tambun)
13. Datuk Seri Anifah Aman (Kimanis)
14. Datuk Seri Douglas Uggah Embas (Betong)
15. Datuk Seri Noh Omar (Tanjung Karang)
16. Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (Bagan Datoh)
17. Datuk Seri Shaziman Abu Mansor (Tampin)
18. Datuk Seri Liow Tiong Lai (Bentong)
- Bernama
[Sumber]
P/S : Tahniah kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kerana masih lagi dapat menyandang kerusi parlimen Bera buat kali ke-3 berturut-turut... - Admin
No comments:
Post a Comment