Tweet |
Mungkinkah ini rupa Moto X ? (Sumber dari Google.) |
Google kini sedang bersiap sedia membuat 'serangan' ke atas iPhone dengan mencipta gajet terbaru yang lebih peka dan bijak.
Menurut Ketua Eksekutif Google, Dennis Woodside, gajet yang dikenali sebagai Moto X itu akan direka di Amerika Syarikat (AS) dan bakal menjadi pesaing utama kepada Apple.
Beliau turut yakin yang telefon bimbit pintar ini merupakan ‘hero’ telefon baru.
“Gajet baru ini juga bakal menjadi pesaing utama kepada iPhone dan Samsung S4,” kata Woodside.
Tambah beliau, Moto X mampu berinterasi dengan para pengguna dan lebih peka berbanding telefon pintar yang lain.
Woodside turut memberi bayangan yang harga Moto X adalah jauh lebih murah dan berbaloi berbanding iPhone 5.
Gajet ini mempunyai daya keupayaan sensor yang tinggi dan mesra pengguna.
Google berkata, gajet ini akan mula dibuat pada Ogos ini dan pasaran pertama akan dijual di AS tetapi tidak menjelaskan tarikh sebenar pelancaran. [Sumber]
No comments:
Post a Comment