Tweet |
Kumpulan bola sepak wanita Saudi sedang melakukan latihan di lokasi rahsia di Riyadh. |
Arab Saudi akan membenarkan pelajar perempuan di sekolah swasta bersukan untuk pertama kali dalam sejarah di negara itu.
Dipetik AP, bagaimanapun, menurut laporan agensi berita SPA, kebenaran tersebut perlu diselaraskan mengikut undang-undang Islam dan mematuhi kod pakaian ditetapkan Kementerian Pendidikan.
Jurucakap Kementerian Pendidikan, Mohammed al-Dakhini berkata, susulan daripada keputusan itu sekolah swasta di Saudi diarahkan untuk menyediakan tempat dan peralatan sukan sesuai serta sebarang aktiviti perlu dipantau guru wanita.
Difahamkan, kebenaran itu mungkin akan diperluaskan ke sekolah awam dan universiti pada masa akan datang.
Sementara itu, Profesor di Universiti Raja Saud, Aziza Youssef menyifatkan keputusan tersebut seperti mengembalikan semula hak golongan wanita di negara yang masih mengamalkan peraturan konservatif. [Sumber]
No comments:
Post a Comment