Ni apa ceritanya kat sini?

Video Cemuh Putin Popular Di YouTube

Gambar yang dipetik dari video berjudul Nobody But Us karya 
bekas tentera Rusia yang mencemuh Vladimir Putin. - AGENSI 


MOSCOW 30 Jan. - Satu lagu oleh kumpulan rock dianggotai bekas tentera dari unit payung terjun yang melabel Perdana Menteri Rusia, Vladimir Putin sebagai seorang yang 'zalim', mendapat sambutan hangat apabila ditonton setengah juta kali di YouTube. 

Video mengutuk Putin tersebut memaparkan lima bekas anggota tentera berbadan tegap, bertatu dan memakai beret. Dua daripadanya merupakan penyanyi utama, sementara tiga lagi bertindak sebagai penyanyi latar. 

Perdana Menteri itu berhasrat bertanding semula jawatan Presiden pada pilihan raya 4 Mac ini. 

"Kamu memusnahkan tentera, pasukan ini berpecah-belah kerana kamu, kamu memaki tentera dan menyebabkan pegawai dihantar pulang. 

"Kami dengan baik mahu kamu berambus si zalim!," demikian lirik lagu tersebut. 

Di bahagian korus lagu tersebut, mereka menyanyi: 'Kami adalah tentera payung terjun bebas dan negara ini bersama kami. Kamu hanya seorang pekerja awam, bukan 'Tsar' atau Tuhan." 

Semalam, video itu telah ditonton sebanyak 445,000 kali sejak ia dimuat naik di YouTube pada Khamis lalu. 

Lagu bertajuk Nobody But Us yang juga moto unit pasukan payung terjun itu, turut dimuat naik di laman web saluran televisyen Dojd dan telah ditonton sebanyak 150,000 kali. 

Seorang daripada penyanyi lagu itu berkata, dia membantah kepimpinan bekas ejen KGB itu kerana pemerintahan rejim yang keji. 

"Kami sama seperti rakyat lain. Kami tidak mahu hidup dalam negara yang ada individu menipu," katanya. - AFP 


Sumber link Youtube

Nota : Sori ar... video ni dalam bahasa Rusia sepenuhnya..... aku sendiri pun tak faham apa dorang nyanyi dan apa yang tertera dalam video ni. Tapi, sebab tajuk diatas ada disebut 'YouTube', maka, kenalah cari dan letak video dari YouTube, sebagai bukti, kaitannya dengan tajuk post ini... hehehe :)



No comments:

Post a Comment

Kalau sudi, jenguklah sini :)

Blog Ping

Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...