Tweet |
Gambar hiasan. Sumber dari Google. |
TOKYO: Seorang lelaki memalsukan kematiannya dengan menggunakan identiti abang yang sudah meninggal dunia kerana cuba mengelak membayar hutang, kata polis dan media semalam.
Tsukasa Oizumi sentiasa memandu menggunakan lesen abangnya sebelum dia meninggal dunia, untuk pergi ke mana-mana tempat.
Ini disebabkan lesen Oizumi, 58, sudah dibatalkan kerana dia didapati berulang kali melakukan kesalahan lalu lintas, lapor akhbar Mainichi.
Apabila abangnya jatuh sakit dan menemui ajal dalam usia 56 tahun pada 2008, Oizumi memutuskan untuk menggunakan identiti itu sepenuhnya.
Pada masa itu, dia memberitahu pihak berkuasa bahawa mayat itu adalah dirinya. Malah, doktor yang berurusan dengan mayat abangnya tidak mengesyaki apa-apa, kata akhbar Asahi Shimbun.
Mayat abangnya kemudian dibakar, sesuatu yang biasa di Jepun. Oizumi terus menuntut manfaat keselamatan sosial menggunakan nama abangnya bagi menjaga ibu mereka yang sudah tua dan uzur di rumah.
Namun, selepas tiga tahun, Oizumi menyerah diri di pejabat kebajikan tempatan Jun lalu kerana ‘rasa bersalah,” kata Asahi.
Polis yang mengambil masa beberapa bulan membuktikan kebenaran pengakuan Oizumi, menahannya kelmarin.
“Dia didakwa menyamar sebagai abangnya yang sudah mati dan mendaftarkan data palsu untuk sijil rasmi,” kata jurucakap polis.
Akta Daftar Banci menetapkan, sijil kematian mesti ditandatangani dan diperakui seorang doktor.
Apapun, doktor yang melakukan pembedahan bedah siasat terhadap abangnya percaya Oizumi apabila dia berkata: “Saya abangnya dan orang yang mati adalah adik saya,” katanya.
Seorang pegawai kanan di pusat perubatan Adachi, berkata: “Sijil kematian adalah berdasarkan pemeriksaan dan laporan doktor.
“Jadi, adalah sukar untuk mengesan penipuan itu,” katanya. – AFP/Agensi
Ish2, macam2 hal la zaman skang nih : JEMPUT SINGGAH
ReplyDelete@Cik Meeja Sapa yg makan cili, dia la yang terasa pedasnya :D
ReplyDelete