Ni apa ceritanya kat sini?

Kecoh Berebut iPhone 4S Di China


BEIJING 13 Jan. - Beribu-ribu peminat yang beratur sejak awal pagi dalam cuaca sejuk untuk membeli model terbaru iPhone 4S, naik berang apabila premis tersebut enggan membuka perniagaan. 

Keadaan itu menyebabkan mereka bertindak membaling telur ke premis yang terletak di kawasan membeli-belah mewah Sanlitun serta membuat bising supaya mereka dapat memiliki gajet terkini itu, yang sepatutnya mula dijual pada pukul 7 pagi ini. 

Mereka juga menyerang pengawal keselamatan di luar kedai selepas polis menggunakan pembesar suara meminta lebih 1,000 pengunjung pulang ke rumah dan berkata, model baru itu tidak akan dijual. 

"iPhone 4S adalah inovasi terbaik Steve Jobs, kerana itu saya mahukannya. Saya sangat kecewa apabila mereka tidak mahu membuka pintu kedai," kata Li Tianye, 29, yang datang ke Beijing menaiki bas selama dua hari dari kampung semata-mata untuk pelancaran tersebut. 

Sesetengah daripada pengunjung yang berkumpul di luar premis sejak awal pagi ini berkata, mereka membayar 100 yuan (kira-kira RM45) kepada penjaga tiket haram untuk beratur dan menunggu sehingga pintu dibuka. 

Kejadian hari ini bukan yang pertama berlaku di China. Tahun lalu, pengunjung yang beratur bergaduh sesama sendiri sehingga cermin kedai pecah ketika pelancaran iPhone 2 di bandar raya ini. 

Bagaimanapun situasi lebih tenang dilaporkan di Shanghai, di mana premis Apple dibuka kepada pengunjung yang ramai dan model terbaru itu mula dijual. 

Walaupun iPhone 4S mula dilancarkan hari ini di China, namun ia sudah dijual di pasaran gelap beberapa bulan lalu selepas diseludup dari negara jiran dan Hong Kong. 

Ada sesetengah peminat Apple di negara ini, yang memiliki jumlah pengguna dalam talian terbesar dengan lebih 500 juta pengguna, sudah menunggu di luar kedai beberapa hari bagi mendapatkan gajet terbaru itu. 

China termasuk Hong Kong dan Taiwan merupakan wilayah jualan paling pantas berkembang Apple, yang mana pulangan tahunannya mencatat tempat kedua selepas Amerika Syarikat. - AFP 



No comments:

Post a Comment

Kalau sudi, jenguklah sini :)

Blog Ping

Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...