Tweet |
ORANG ramai memenuhi kawasan sepanjang laluan Beach Road di Apia,
Samoa ketika waktu menghampiri pukul 12 tengah malam Khamis lalu untuk berpesta.
Samoa ketika waktu menghampiri pukul 12 tengah malam Khamis lalu untuk berpesta.
APIA, Samoa - Samoa menjadi negara pertama di dunia meraikan sambutan tahun baharu 2012 kerana garis masa antarabangsa meletakkan negara yang terletak di kepulauan Pasifik itu 24 jam lebih awal berbanding masa di negara-negara lain.
Samoa dan negara jirannya, Takelau terletak hampir dengan Garisan Tarikh Antarabangsa yang merentasi Lautan Pasifik secara menegak.
Kedua-dua set gugusan pulau itu mengambil keputusan untuk menjajar semula diri mereka dari bahagian Amerika ke arah bahagian Asia pada tahun ini.
Langkah itu sekali gus membuatkan Samoa menjadi negara pertama yang menyambut tahun baharu. Rakyat Samoa mengadakan sambutan tahun baharu pada tengah malam Khamis, 29 Disember 2011.
Samoa juga melepasi hari Jumaat dan terus berada dalam zon waktu 12:01 tengah malam pada malam tahun baharu. Maka tidak hairanlah jika pantai-pantai di negara tersebut dipenuhi oleh pengunjung dan rakyat tempatan yang ingin berpesta. - Agensi
No comments:
Post a Comment