Ni apa ceritanya kat sini?

Teleskop Kepler Temui 1,235 Planet Baru



WASHINGTON - Teleskop Kepler Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) berjaya menemui 1,235 planet asing berpotensi untuk dihuni manusia di angkasa lepas. 

Foto ilustrasi hasil lakaran saintis Amerika Syarikat, Jason Rowe adalah gambaran jelas berdasarkan penemuan teleskop itu yang kini dalam proses untuk mendapatkan pengesahan selepas melakukan pemerhatian susulan. 

"Planet kegemaran saya setakat ini adalah yang bersaiz bintang paling kecil," menurut Rowe yang juga ahli kumpulan misi Kepler di Pusat Penyelidikan NASA dan Institut Kepakaran Luar Angkasa (SETI). 

Lakaran planet asing yang ditemui oleh teleskop Kepler itu menggunakan perisian saintifik baru yang disusun mengikut saiz, di mana planet paling besar diletakkan di bahagian atas kiri carta (gambar) dan planet paling kecil diletakkan pada bahagian bawah kanan carta tersebut. 

NASA melancarkan misi teleskop Kepler bernilai AS$600 juta (RM1.8 bilion) pada Mac 2009, bertujuan untuk mendedahkan kewujudan planet baru yang mengelilingi bintang asing. 

Petikan: Sinar Harian


No comments:

Post a Comment

Kalau sudi, jenguklah sini :)

Blog Ping

Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...