Tweet |
BANGKOK - Ketinggian dan bentuk fizikal luar biasa menyebabkan seorang gadis di timur Thailand diiktiraf sebagai remaja tertinggi di dunia di dalam Guinness Book of World Records.
Malee Duangdee, 19, yang mempunyai ketinggian 186 sentimeter dan berat 130 kilogram menyedari perbezaan fizikal dirinya sejak kecil lagi kerana dia membesar lebih cepat berbanding rakan sebaya.
Semasa Duangdee berumur sembilan tahun, dia disahkan menghidap ketumbuhan otak yang turut memberi tekanan kepada sistem saraf remaja itu.
Kini, dia terpaksa mengambil suntikan setiap tiga bulan akibat ketidakseimbangan hormon bagi menyekat pertumbuhan fizikalnya secara berterusan.
Petikan: Sinar Harian
No comments:
Post a Comment