Tweet |
Gambar hiasan. (Sumber dari Google) |
LONDON: Hakim di Britain membatalkan hukuman penjara lelaki yang didapati bersalah atas tuduhan mencuri dan membenarkan tertuduh pulang ke rumah untuk memberi kucingnya makan.
Hakim, David Cooper, mulanya menetapkan hukuman penjara kepada Steven Thorne, kerana beberapa kali ditahan kerana mencuri arak.
Tetapi, selepas dimaklumkan keadaan kucing tertuduh oleh peguam bela, Julie Brice, Cooper mengubah fikiran.
“Kucing itu ditinggalkan sejak anak guam saya ditahan kelmarin. Ia tentu lapar,” lapor akhbar The Sun yang memetik hujah pembelaan Brice.
Cooper melepaskan Thorne tetapi tertuduh didenda £75 (RM370).
Hakim itu kemudian mengarahkan Thorne membuat lubang keluar masuk kucing di rumahnya. – Agensi
Petikan: Berita Harian
No comments:
Post a Comment