Ni apa ceritanya kat sini?

5 Rekod Dunia Bakal Dicatat



LONDON: Gereja Westminster Abbey bakal dihias indah pada 29 April ini untuk majlis perkahwinan Putera William dan Kate Middleton. 

Media mempunyai pelbagai tanggapan mengenai maklumat terperinci majlis perkahwinan berkenaan. Malah, Guinness World Records menjangka pasangan diraja itu akan memecahkan beberapa rekod dunia dalam kategori perkahwinan. 

Berikut adalah jangkaan diperoleh daripada buku Guinness World Records. 

  1. Penonton televisyen paling ramai. Dianggarkan seramai 750 juta orang dari 74 negara menonton perkahwinan serba mewah Putera Charles dan Puteri Diana pada 1981. Dengan perkembangan media dan perhatian masyarakat tentang perkahwinan selebriti, perkahwinan William dan Kate Middleton bakal ditonton lebih ramai orang, mungkin mencecah satu bilion. 
  2. Pasangan paling dirujuk di Internet. Pada era teknologi maju ini setiap maklumat terkini dapat diperoleh melalui Internet. Peminat pasangan diraja pasti melayari laman web apa saja untuk mengetahui berita mengenai mereka. Waktu ini, pasangan Khloe Kardashian dan Lamar Odom menduduki tempat pertama perkahwinan selebriti yang dirujuk pengguna Internet. 
  3. Kek perkahwinan terbesar. Dengan jumlah tetamu yang ramai, William dan Kate memerlukan kek perkahwinan yang besar dan mahal. Menurut Guinness World Records, kek perkahwinan terbesar adalah seberat 6.8 tan yang dihasilkan tukang masak di Mohegan sun, Connecticut, Amerika Syarikat untuk acara pameran perkahwinan pada 2004. 
  4. Potongan kek perkahwinan paling mahal. Berdasarkan rekod, potongan kek kahwin Duke dan Duchess of Windsor pada 1937 dijual pada harga AS$29,900 (RM) pada 1998 di pusat lelongan Sotheby’s. Dan kek buah William dan Kate dijangka tahan lebih lama dan pasti dijual dengan harga lebih mahal. 
  5. Gaun termahal dan paling panjang? Tidak ada siapa yang tahu bagaimana rupa gaun perkahwinan yang akan dipakai Kate kerana masih dirahsiakan. Rekod, gaun pengantin paling bergemerlapan dibuat daripada 43,000 kristal di Romania tahun lalu. Tudung pengantin Lubnan, Sandra Mechleb terhampar sepanjang 3.3 kilometer pada 2009. 

Petikan: Harian Metro  



1 comment:

  1. salam, thanx sebab singgah sini... :) sorila sebab tak tahu nama kamu, tapi saya akan datang singgah blog kamu... :)

    ReplyDelete

Kalau sudi, jenguklah sini :)

Blog Ping

Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...