Ni apa ceritanya kat sini?

Download : Game Angry Birds (Versi PC)


Game Angry Birds, menampilkan, 5 ekor 'burung-burung marah' terbang menyerang kem tentera vavi hijau, dengan  lastik yang dikawal oleh pemain game, kerana tentera vavi hijau mencuri telur milik 'burung-burung marah' itu. 

Fakta Di Sebalik Tabir Game Angry Birds:
  • Dibangunkan oleh Rovio Mobile
  • Diterbitkan oleh Clickmedia Gamer Chillingo
  • Dilancarkan pada Disember 2009 
  • Bermula sebagai game iPhone
  • Lebih 12 juta salinan (copy) dijual oleh Apple App Store
  • Kini menyokong berbagai platform smartphone dan komputer
(rujukan: Wikipedia)

Untuk pengetahuan korang semua, game Angry Birds (versi PC) ini sudah tersedia untuk korang nak download. Lepas download game ni, korang tengok dulu "Apa Korang Nak Buat Lepas Download Game Angry Birds?" Kenapa plak? Sebab game tu di'compressed' dulu, dalam format *.zip. Itu jer aku nak cakap.

Secara peribadi, game ini yang aku main sejak dari bulan Mac lagi, terlalu BEST...nampak simple tapi, tak ler boring sangat, lagi pun, sampai sekarang aku masih tak dapat nak habiskan satu game ini sepenuhnya.... Tapi, itu aku tak kisah, lagi pun, syok pulak tengok aksi berani mati 'burung-burung marah' yang comel ni, hehehe....

* Lepas klik link kat atas tu, cari button "SKIP AD". Klik jer button tu. Bagi link download yang lain-lain dibawah ini, caranya, sama jer.

(Nota: Game ini adalah jenis portable (double-klik, terus main), bukan jenis installed game.)

Apa Korang Nak Buat Lepas Download Game Angry Birds?
  1. Lepas download, cari kat mana korang save file Angry Birds PC fixed.zip itu. 
  2. Right klik file itu, pilih "Extract to Angry Birds PC fixed\" (pakai WinRAR) dan extract. (Nota: Kalau takde WinRAR, download SINI)
  3. Dah siap extract, sudah jadi folder bernama Angry Birds PC fixed ni. 
  4. Nak start main game, cari file ini: -> Angry Birds PC fixed -> Angry Birds PC fixed -> AngryBirds.exe (ikon burung merah) 
(Dicadangkan korang buat shortcut di desktop bagi file AngryBirds.exe ni. Lagi senang.)




Selain itu, ada juga lagu tema game "Angry Birds" ini yang korang boleh download, lagu ni bukan dapat dari luar (internet), dalam fail game ni jer.... Ada 2 jenis lagu dari game ini, sesuai dijadikan ringtone untuk handphone korang. 


EKSTRA: Ada satu lagi game, nama game ni, Ninja Dogs. Game Ninja Dogs ini, cara permainan dia hampir sama dengan Angry Birds, cuma berbeza karekter dan senjatanya saja.

Lepas korang dah siap download file NinjaDogs.rar ini, cara nak extract file game ini, sama macam cara nak extract game Angry Birds
  1. Lepas download, cari kat mana korang save file NinjaDogs.rar itu. 
  2. Dah jumpa file NinjaDogs.rar ? OK, bagus! 
  3. Right klik file itu, pilih "Extract to NinjaDogs.rar\" (WinRAR) dan extract.
  4. Lepas extract, sudah jadi folder bernama NinjaDogs 
  5. Masuk ke folder NinjaDogs
  6. Kemudian jumpa file ini: NinjaDogs.exe  (Satu jer...!) 
  7. Nak main, dabel klik file NinjaDogs.exe itu.
  8. Seeloknya, buat satu shortcut di desktop bagi file NinjaDogs.exe ini.

Antara Game Angry Birds dan Ninja Dogs
Angry Birds, menampilkan 5 ekor 'burung-burung marah' yang comel, terbang dengan lastik yang dikawal oleh pemain game untuk menyerang kem tentera vavi hijau, kerana tentera vavi hijau telah mencuri telur milik burung-burung marah itu. Berlainan dengan Ninja Dogs, 4 ninja anjing menyerang markas geng ninja kucing dengan meriam yang dikawal oleh pemain game, untuk menyelamatkan sifu ninja anjing yang diculik geng ninja kucing itu. 

Updated: Atas beberapa komen yang diterima, link download file game Angry Birds (*.zip) ini telah ditukar, dan yang pasti, file game ini juga berlainan daripada sebelumnya. Harap korang sumer berpuas hati dengan perubahan yang kecil ini. 


No comments:

Post a Comment

Kalau sudi, jenguklah sini :)

Blog Ping

Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...