Tweet |
Gambar Hiasan (Sumber: Google). |
LONDON 9 April - Pemilik akhbar tabloid Britain, News of the World, mengemukakan permohonan maaf dan bayaran ganti rugi atas tindakan mereka yang menggodam panggilan telefon selebriti bagi mendapatkan berita eksklusif.
Pemilik News International, Rupert Murdock berkata, beliau mengaku bertanggungjawab di atas beberapa kes yang dikemukakan terhadap akhbar yang memperolehi jualan tertinggi di Britain itu.
Pelakon Sienna Miller dipercayai antara mereka yang ditawarkan dengan ganti rugi itu.
Permohonan maaf itu dibuat tiga hari selepas polis menahan ketua wartawan akhbar tabloid Sunday dan seorang bekas penyunting berita kerana disyaki memintas mesej mel suara telefon bimbit secara haram.
News International yang turut menerbitkan The Sun, The Times dan Sunday Times mengakui, siasatan dalaman pertama mereka berhubung kegiatan itu 'gagal untuk memperolehi bukti penting'.
"Selepas siasatan meluas dan pendedahan melalui kes undang-undang sivil, News International memutuskan untuk memohon maaf dan akan bertanggungjawab ke atas tuntutan yang memenuhi kriteria.
"Tindakan News of the World memintas mel suara itu amat dikesali," menurut kumpulan itu dalam satu kenyataan.
Kumpulan itu turut meminta peguam menubuhkan skim ganti rugi untuk menangani tuntutan yang yang dibuat ke atas mereka secara adil dan cekap.
BBC melaporkan New International memperuntukkan sejumlah 22.5 euro (RM98.4 juta) sebagai dana ganti rugi, tetapi dijangkakan bayaran itu mencecah kira-kira 100,000 euro (RM437 juta). - AFP
Petikan: Utusan Malaysia
No comments:
Post a Comment