Tweet |
JULIET NISBET keliru apabila pokok orennya mengeluarkan buah lemon. |
LOTHIAN TIMUR, Britain - Pelik tapi benar! Itulah yang dialami seorang jururawat di sini, Juliet Nisbet, 48, apabila pokok oren berharga £15 (RM73) yang dibelinya sembilan tahun lalu turut mengeluarkan buah lemon.
"Semasa mula melihat pokok oren setinggi hampir satu meter itu mengeluarkan buah lemon, saya amat terkejut tetapi menganggap ia satu 'anugerah teristimewa' untuk diri saya," kata Nisbet.
Menurutnya, dia masih belum merasa buah lemon yang berbentuk bola ragbi itu kerana menunggu buah lemon itu benar-benar masak.
Pokok oren tersebut kini mempunyai 25 buah oren dan empat buah lemon pada dahan-dahannya. - Agensi
Petikan: KOSMO, Selasa, 5-4-2011, m/s 45 (Dunia)
No comments:
Post a Comment