Tweet |
LONDON - Syarikat Penyiaran Britain (BBC) didakwa bertindak sebagai 'penyorak' kepada individu yang berniat mahu membunuh diri selepas stesen itu merakamkan aksi seorang lelaki yang mengambil keputusan untuk mencabut nyawanya sendiri di sebuah klinik untuk siaran sebuah program bercorak dokumentari di stesen televisyen tersebut.
Rancangan mengerikan itu memaparkan seorang lelaki warga Britain berumur 71 tahun yang menghidap penyakit saraf tahap akhir menuju ke sebuah klinik khas di Switzerland untuk menamatkan riwayat hidupnya dengan mengambil sejenis ubat yang disediakan oleh klinik tersebut.
Banyak pihak menyelar kandungan program itu kerana ia memaparkan keadaan menyayat hati saat akhir menjelang kematian individu yang memilih jalan itu.
Mereka mendakwa BBC sebagai penyiar tidak beretika dan menggalakkan penonton untuk mengambil tindakan yang mencabuli kesucian kehidupan.
Petikan: Sinar Harian
No comments:
Post a Comment