Ni apa ceritanya kat sini?

Stokin 'bulu kaki' untuk wanita (video)

GAMBAR dikatakan bulu kaki tiruan tersebar di Internet.
GAMBAR dikatakan bulu kaki tiruan tersebar di Internet. 

Bulu kaki tiruan elak gangguan seksual 

Untuk menjauhkan sebarang potensi gangguan daripada lelaki tidak diingini, sebuah syarikat di China mempelopori ‘fesyen’ kaki berbulu yang boleh dikenakan dari pinggang sehingga ke buku lali. 

Sekeping gambar dimuat naik laman sesawang ChinaSMACK di Shanghai menunjukkan bagaimana seorang model mengenakan bulu kaki tiruan itu. 

Mengiringi gambar itu ialah keterangan mengenainya yang dianggap sebagai “kelengkapan penting untuk gadis bersiar-siar.” Namun, tidak dinyatakan di mana bulu kaki tiruan itu boleh dibeli. 

Carian di Internet juga gagal mendapat jawapan. Imej itu mengundang ratusan komen pengguna Internet yang memberikan pelbagai reaksi. 

Satu daripada komen pelayar menyatakan: “Amat menjijikkan!” Seorang lagi pengunjung laman sesawang itu menyatakan penggunaan bulu kaki tiruan itu mungkin memudaratkan pemakainya. 

“Ia bukan saja menjauhkan orang tidak diingini, malah menakutkan lelaki kacak daripada menghampiri anda,” katanya. Pengunjung lain mencadangkan kaedah lebih murah memperoleh kaki berbulu. 

“Tidak mencukur kaki adalah pilihan lebih menjimatkan,” katanya. 

Sementara itu, penganalisis berkata, produk itu adalah bayangan kepada pelbagai sarung kaki dikeluarkan syarikat J Crew pada 2010. 

Di sebalik matlamat syarikat fesyen itu mahu memberi kelainan pada pemakai, penggunaan sarung kaki berkenaan menyebabkan pengguna seperti memiliki bulu kaki berlebihan. [Sumber



2 comments:

  1. hahaha... hari tu member aku post gmbr ni kat facebook.

    ReplyDelete
    Replies
    1. iye ke? apa pulak reaksi awak tengok gambar tu? hehehe

      Delete

Kalau sudi, jenguklah sini :)

Blog Ping

Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...