Tweet |
ANAK lembu berkaki enam, Lilli di Weissenburg, Switzerland kelmarin.
Seekor anak lembu betina berkaki enam menyangkal ramalan doktor haiwan bahawa ia tidak akan dapat hidup lama.
Lilli yang kini berusia tujuh minggu menjadi selebriti di Switzerland selepas media tempatan menyiarkan gambar ia bermain-main di padang.
Petani, Andreas Knutti dari Weissenburg yang terletak 30 kilometer ke selatan ibu kota Switzerland, Bern memberitahu, dia tidak sampai hati untuk menghapuskan anak lembu peliharaannya kerana ia bersemangat untuk hidup.
Dia memberitahu akhbar tempatan, Blick kelmarin bahawa kecacatan tulang belakang menyebabkan Lilly tidak dapat mengeluarkan susu seperti lembu susu lain.
Namun, kata Knutti, jika anak lembu itu kekal sihat, ia akan dibenarkan menyertai lembu-lembu lain di padang ragut pergunungan Alpine pada musim panas ini. - AGENSI
Sumber : Kosmo
asal lembu tu sihat tak ada penyakit..buat apa nak dihapuskan...lembu tu cacat sikit jer...kan Cian lembu tu
ReplyDelete@izan mama mia yap, betul, setuju sangat2.. lembu camni pun nak jugak merasa hidup di dunia ini, walaupun untuk seketika...
ReplyDelete