Tweet |
WILLIAMS dirawat selepas doktor menghabiskan masa sejam
untuk mencabut paku dari tangannya.
Seorang lelaki ‘terpaku’ di lantai rumah kira-kira empat jam apabila sebatang paku sepanjang 12.7 sentimeter menusuk tangannya secara tidak sengaja.
Alan Williams, 46, sedang cuba membaiki sesuatu di rumahnya apabila dia terjatuh dari tangga dan pemicu alat pemaku automatik di tangannya terpelantik tiba-tiba.
Nasib Williams menjadi lebih malang apabila ketika itu dia bersendirian di rumah dan tidak mampu bergerak untuk mendapatkan bantuan.
Keadaan Williams hanya berubah apabila pasangannya, Suzanne Amos, seorang jururawat, pulang kira-kira jam 11 malam dan mendapati dia menggigil dan dalam keadaan terkejut.
BOMBA terpaksa mencabut kepingan papan lantai untuk dibawa bersama Williams ke hospital. |
Williams bernasib baik kerana paku itu menembusi tangan kirinya tanpa mencederakan sebarang otot atau saluran darah penting.
Sekumpulan anggota bomba kemudian terpaksa menanggalkan kepingan kayu di lantai rumah Williams untuk membolehkan dia dibawa ke hospital di Newcastle-under-Lyme, Staffordshire.
Di situ, doktor segera mencabut paku berkenaan dan merawat kecederaan pada tangan Williams.
Pemeriksaan menunjukkan, tangan Williams akan pulih seperti asal tidak lama lagi.
Sementara itu, Williams berkata, ketika terjatuh dari tangga, dia menggunakan tangan kiri untuk menahan badan tetapi alat pemaku automatik berkenaan terjatuh ke atasnya.
“Saya dipaku ke lantai dan tidak mampu bergerak jauh.
“Bagaimanapun, sebenarnya tidak banyak darah keluar dan kesakitan juga tidak seberapa,” katanya.
Tiga jam kemudian, kata Williams, kakinya mula terasa kebas dan dia kesejukan sehinggalah Suzanne pulang.
“Doktor kata, saya sangat bernasib baik,” katanya. - TS
Sumber : myMetro
No comments:
Post a Comment