Ni apa ceritanya kat sini?

Angry Birds Space v1.0.0


Salam pada semua follower blog dan rakan-rakan blogger, khususnya peminat Angry Birds. Cerita pasal Angry Birds ni, rasanya, korang sendiri pun sudah maklum pasal game Angry Birds versi terbaru, iaitu Angry Birds Space. Dilancarkan pada 22 Mac yang lalu, oleh Rovio selaku pembangun asal game paling popular di dunia, Angry Birds Space tampak jauh berbeza daripada versi Angry Birds sebelumnya. Apakah perbezaannya? 

  • Tema background game ialah angkasa lepas, sesuai dengan nama game terbaru ini. 
  • Kesemua karekter Angry Birds (cuma White Bird saja yang takde) kini berubah rupa daripada asal, setelah berada di angkasa lepas. 
  • Karekter terbaru - ICE BIRD, mana-mana objek yang terkena kat badan ICE BIRD, serta-merta berubah jadi ais. 
  • Game ini mencabar kerana ada diselitkan elemen-elemen semulajadi angkasa lepas - mudah terapung dan tarikan graviti
  • Yang menariknya, ada link ke NASA (National Aeronautics and Space Administration) dalam game ini. 

Hah! Itu la sedikit sebanyak fakta tentang game Angry Birds Space yang aku review selepas install dan main kat lappy aku ni. Baru sehari main, dah abis semua level... Caya tak?? Hehe... OK, sebelum aku tutup cerita, sapa nak sangat main game ni? Nak ke, tak? Nak? Haaa.... Kalau nak, kena download la dulu... Link dia, klik SINI. Tapi, sebelum tu, meh kita tengok video kat bawah ni dulu. :D  



4 comments:

Kalau sudi, jenguklah sini :)

Blog Ping

Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...