Tweet |
TOKYO - Gara-gara hendak menunjukkan 'kehebatan dan keindahan' Ferrari berharga sekitar RM800,000, seorang doktor Jepun berhadapan dengan kontroversi apabila rakaman dia memandu laju kereta mewah itu, yang dimuatkan di YouTube, mencetuskan kemarahan orang ramai.
Doktor itu kini berhadapan dengan tuduhan memandu terlalu laju di kawasan larangan.
Rakaman YouTube menunjukkan dia memandu pada kelajuan 124km/j (77mpj) di zon yang hanya membenarkan 40km/j (25mpj).
Pengguna YouTube yang marah dengan sikap doktor berusia 50 tahun, dari Okawa, ini membuat laporan polis.
Laporan media memetik dia sebagai berkata, dia hanya mahu orang ramai mengetahui keindahan sebuah Ferrari.
Klip video enam minit dengan tajuk "Ferrari 458 Italia Drive in Japan 2011" dirakamkan menggunakan kamera yang dipasang di belakang kereta.
Rakaman pada pagi 24 April 2011 menunjukkan kereta itu meninggalkan tempat letak kereta bawah tanah dan kemudian menggunakan lebuh raya dan melalui jalan tepi pantai.
Laporan BBC menyebut seramai 84 memberi isyarat tidak menyukai klip itu berbanding hanya 19 orang menerimanya dengan baik.
Menurut laporan itu yang memetik AFP, pihak polis memulakan siasatan sebaik mendapat aduan orang ramai pada Mei lalu.
Pemandu yang telah dikenal pasti itu boleh dikenakan hukuman penjara enam bulan atau denda sekitar RM3,600 jika sabit kesalahan.
salam singgah sini (^_^)
ReplyDeletecoding era.fm tu ada prob sikit..admin nak perbetulkan..salin coding baru pada blog
maaf atas kesulitan
@Kongsi Apa2 Aje hah? ye ke? ok, ok... nanti saya tukar...
ReplyDelete