Ni apa ceritanya kat sini?

Bangga Jadi Anggota Keluarga Albino Terbesar

ROSETURAI (depan, dua dari kanan) bersama isteri
(dua dari kiri) dan anak mereka. 

NEW DELHI: Sepasang suami isteri semalam meluahkan rasa bangga mereka kerana berjaya membesarkan keluarga albino paling ramai di dunia. 

Pasangan warga India berkulit putih, Roseturai Pullan, 50, dan isteri Mani, 45, mempunyai lapan anggota keluarga lain yang albino. 

CUCU ALBINO...Dharamraj dengan
patung harimau. 
Mereka berjaya menangani prasangka dan kesukaran yang dihadapi selama bertahun-tahun. Tetapi kini, keluarga unik 10 orang itu hanya menanti masa untuk mendapat pengiktirafan daripada Rekod Dunia Guinness. 

Anak lelaki pasangan itu, Vijay, 25, Shankar, 24 dan Ramkishan, 19, di samping anak perempuan, Renu, 23, Deepa, 21 dan Pooja, 18, mewarisi penyakit albino mereka. 

Renu pula berkahwin dengan seorang lagi albino, Rosheh, 27, dan anak mereka, Dharamraj, dua tahun, juga albino. 

Semua anggota keluarga itu yang tinggal dalam rumah pangsa satu bilik di Delhi memiliki kulit pucat, masalah penglihatan dan kesan sampingan kerana bersifat albino. 

Roseturai memberitahu akhbar The Sun: “Saya ada mendengar orang menggelar kami ‘angrez’ yang bermaksud Inggeris. “Sukar bagi orang ramai untuk memahami bahawa kami dilahir dan dibesar sebagai kaum India. 

“Apa yang kami tahu ialah kami tidak boleh melihat dengan baik dan kami tidak boleh terdedah kepada mata hari untuk tempoh masa yang lama. 

“Tetapi kami menjalani kehidupan sebaik mungkin.” Perkahwinan Roseturai dan Mani pada 1983 diatur keluarga mereka. Pasangan itu berpindah dari Tamil Nadu di selatan India ke Delhi, tempat Roseturai menjual telur di gerai. 

“Ibu bapa kami berkata, kami pasangan paling sesuai kerana kami ‘sama.’ Di India Selatan, kami diberitahu, jika anda berkahwin dengan albino ia petanda baik dan kaya,” kata Roseturai. - TS 



No comments:

Post a Comment

Kalau sudi, jenguklah sini :)

Blog Ping

Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...