Tweet |
Menaip guna hidung
LATIHAN selama enam jam sehari akhirnya membuahkan hasil buat juara menaip dunia ini.
Mohammed Khurshid Hussain, 23, dari India sekali lagi mencipta rekod baru selepas berjaya menaip 103 aksara dengan menggunakan hidung dalam tempoh 47 saat.
Ketika melakukan cubaan itu, tangannya turut diikat ke belakang selain dikelilingi peminat dan kumpulan pemerhati.
"Saya 'menaip' dengan menutup sebelah mata untuk mudah mengenal pasti huruf pada papan kekunci," katanya dipetik DailyMail.
Jika pencapaian itu mendapat pengesahan Rekod Dunia Guinness, Khurshid bakal menewaskan pemegang rekod sebelum ini, iaitu selama seminit dan 33 saat yang dicipta seorang lelaki di Dubai pada 2008.
Pada Februari 2012, beliau telah mencipta nama dalam Rekod Dunia Guinness sebagai penaip paling pantas di dunia dengan catatan masa 3.43 saat. [Sumber]
No comments:
Post a Comment