Ni apa ceritanya kat sini?

Isteri beli iklan dalam suratkhabar, ucap 'tahniah' kepada suami curang (video)


Isteri beli iklan dedah hubungan sulit suami 

Texas: Seorang wanita mengambil pendekatan agresif membalas dendam kepada suami yang curang dengan membeli iklan dalam surat khabar menyiarkan hubungan lelaki berkenaan dengan wanita simpanannya yang sedang hamil. 

Iklan dalam akhbar Toledo Bend itu memaparkan ucapan tahniah kepada Shara Cormier dan Patrick Brown berikutan berita mereka akan menimang cahaya mata, yang ditandatangani oleh isteri Brown, Timeshia. 

Ia berbunyi: 
“Saya mahu mengucapkan tahniah kepada Shara Cormier dan Patrick Brown. Mereka bakal menimang cahaya mata. Harap anda berdua benar-benar dilamun cinta dan harap ia berpanjangan. Sayang selalu, isteri Patrick, Timeshia Brown.”  

Walaupun tidak dapat dipastikan bila iklan itu disiarkan atau berapa kosnya, ia dikongsi di internet Isnin lalu selepas disiarkan di Facebook. 

Saudara dan rakan sekerja Cormier yang tinggal di daerah Sabine di Texas enggan memberi komen mengenai iklan itu. 

Laman Facebook Cormier mendedahkan beliau berkawan dengan Brown yang tinggal di bandar sama, tetapi Timeshia tidak dapat dikesan. [Sumber


No comments:

Post a Comment

Kalau sudi, jenguklah sini :)

Blog Ping

Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...