Ni apa ceritanya kat sini?

Fakta Menarik Mengenai Kad Pengenalan Anda

Gambar MyKad ni tipu jer. Hehe

Nombor kad pengenalan: Sejak 1990, setiap warganegara Malaysia diberikan satu set nombor 12-digit yang unik dalam format TTBBHH-NN-###J sebagai nombor kad pengenalan. 

Kumpulan digit pertama (TTBBHH) merupakan tarikh lahir pemilik KP. Kumpulan kedua (NN) pula merupakan kod negeri lahir, iaitu 01-13 untuk negeri-negeri, 14-16 untuk Wilayah Persekutuan dan kod 71 jika lahir di luar Malaysia. Bagi anggota polis, kod yang digunakan ialah 88 manakala untuk anggota tentera, kod yang digunakan ialah 99. 

Namun begitu apabila seseorang anggota polis atau tentera menamatkan perkhidmatan mereka, nombor kad pengenalan mereka akan ditukar kepada kod nombor asal tempat kelahiran mereka. Kumpulan nombor terakhir (###J) merupakan nombor siri yang dijana secara rawak oleh sistem komputer Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia. 

Sebagai pembezaan di antara pemegang MyKad lelaki dan perempuan, nombor terakhir dalam siri nombor kad pengenalan telah di sesuaikan mengikut jantina pemegang di mana sekiranya pemegang MyKad mempunyai siri nombor terakhir berangka genap, jantina pemegang adalah wanita. Manakala jika pemegang MyKad mempunyai siri nombor terakhir berangka ganjil, jantina pemegang adalah lelaki.

Sebelum 1990, nombor kad pengenalan warganegara adalah dalam bentuk A####### di mana # merupakan nombor siri 7-digit yang mana nombor terakhir dalam siri nombor tersebut turut sama mempunyai peranan pembezaan jantina lelaki dan wanita seperti sini nombor baru MyKad. 

SENARAI KOD BAGI NEGERI KELAHIRAN:- 

Johor - 01, 21, 22, 23, 24 

Kedah - 02, 25, 26, 27 

Kelantan - 03, 28, 29 

Melaka - 04, 30 

Negeri Sembilan - 05, 31, 59 

Pahang - 06, 32, 33 

Pulau Pinang - 07, 34, 35 

Perak - 08, 36, 37, 38, 39 

Perlis - 09, 40 

Selangor - 10, 41, 42, 43, 44 

Terengganu - 11, 45, 46 

Sabah - 12, 47, 48, 49 

Sarawak - 13, 50, 51, 52, 53 

Wilayah Persekutuan (KL) - 14, 54, 55, 56, 57 

Wilayah Persekutuan (Labuan) - 15, 58 

Wilayah Persekutuan (Putrajaya) - 16 

Negeri Tidak Diketahui - 82 


***Dari apa yang aku teliti, kod negeri tu asalnyer ikut susunan alphabet nama-nama negeri. tapi, sebab dah ramai sangat rakyat, nombor tu dah ditambah. Sekarang ni, setiap negeri ada 2-5 kod masing-masing***  


P/S : Gambar kat atas tu, tipu jer. Hehe 

6 comments:

  1. oo gitu citer nya..hahahaha kelakor muka mr bean

    ReplyDelete
    Replies
    1. mana tak kelakornya... dah lama mr bean 'kena bahan'... haha

      Delete
  2. Ada mcm2 no ye. Patut la. Pelik gak tgk no ic kwn2

    ReplyDelete
  3. adakah sekiranya 2 orang ni yang lahir pada hari yg sama, bulan yg sama, tahun yg sama, negeri dorg pn sama, juga jantina yg sama, akan memiliki nom mykad yg sama?

    ReplyDelete
    Replies
    1. bab itu, awak kena tanya kat JPN. bukan saya.

      Delete

Kalau sudi, jenguklah sini :)

Blog Ping

Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...