Tweet |
PSY |
LOS ANGELES – Penyanyi rap dari Korea Selatan yang kini terkenal dengan tarian kuda, PSY meminta supaya 13 anggota penyelamat di sebuah kolam renang di bandar El Monte yang dipecat diambil semula bekerja, lapor akhbar Los Angeles Times kelmarin.
Semua anggota penyelamat itu dipecat kerana mereka menari tarian kuda berdasarkan muzik video Gangnam Style yang dipopularkan PSY.
Salah seorang anggota penyelamat itu yang dipecat, Michael Roa menyunting dan menghantar klip video yang menunjukkan mereka menari tarian kuda tersebut ke laman YouTube.
Pihak pentadbir kolam itu menyatakan 13 anggota penyelamat tersebut dipecat kerana mereka menggunakan pakaian dan kolam renang awam milik pihak pentadbiran bandar El Monte ketika menghasilkan video tersebut.
PSY membuat rayuan kepada Datuk Bandar El Monte, Andre Quintero dengan berkata: “Saya merayu anda tidak pecat (mereka), tolonglah.”
Menurut PSY, anggota-anggota penyelamat itu berkongsi kebudayaan dengan mempersembahkan tarian tersebut.
Sementara itu, muzik video Gangnam Style yang menunjukkan PSY menari tarian tersebut telah ditonton lebih 175 juta kali sejak dimuat naik pada Julai lalu.
[Sumber]
P/S : Sila rujuk post ini : Padah tiru video Gangnam Style (video)
No comments:
Post a Comment