Ni apa ceritanya kat sini?

Ibu dua anak terkejut temui telur bulat

Cassie Greenhill menunjukkan telur ayam berbentuk bulat miliknya.

Ketika Cassie Greenhill bersiap-siap memasak telur dadar untuk dua anaknya minggu lalu, dia tahu ada yang tidak kena dengan telur ayam berkenaan. 

Bagi Cassie, 32, dia bagaikan tidak percaya apabila melihat telur itu berbentuk bulat sepenuhnya - berbeza daripada telur biasa. 

Warga Britain mengambil 11 bilion telur sehari tetapi kebarangkalian untuk menemui telur sebegitu hanya satu bagi setiap satu bilion. 

Tinggal di Enfield di utara London, Cassie berkata, dia membeli sedozen telur dari pasar raya berhampiran baru-baru ini. 

“Saya mahu memecahkan telur itu untuk memasak telur dadar apabila menyedari bentuknya begitu aneh. 

“Saya tak pernah melihat telur sebegini sebelum ini,” katanya. Bagi mendapatkan kepastian, dia membuat carian di Internet. 

Setakat ini, katanya, hanya seorang tukang masak di Hotel Bristol di Cornwall - James Church - menemui telur bulat seperti itu beberapa tahun lalu. 

Menyedari uniknya telur itu, Cassie memberi amaran kepada semua penghuni rumahnya supaya menjaga telur berkenaan. 

[Sumber


No comments:

Post a Comment

Kalau sudi, jenguklah sini :)

Blog Ping

Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...