Ni apa ceritanya kat sini?

Pengurus Justin Bieber ramal PSY boleh jadi bintang besar

PSY membuat persembahan pada Festival Muzik iHeart Radio di Arena Grand Garden, Las Vegas pada Jumaat lalu.
PSY membuat persembahan pada Festival Muzik iHeart Radio
di Arena Grand Garden, Las Vegas pada Jumaat lalu. 

LOS ANGELES - Pengurus penyanyi Justin Bieber, Scooter Brown menunjukkan keyakinan bahawa penyanyi rap Korea Selatan, Psy akan memperoleh kejayaan besar pada masa depan, lapor portal hiburan KpopStarz semalam. 

Psy terkenal dengan tarian kuda menerusi muzik video Gangnam Style

Penyanyi rap tersebut juga pernah membuat persembahan untuk program televisyen Today Show terbitan stesen NBC. 

Psy juga mempunyai jadual yang ketat di Amerika Syarikat selepas dia muncul pada Anugerah MTV di sini baru-baru ini. 

Menurut Scooter, pihaknya bersetuju untuk mencipta sejarah dengan menjadikannya sebagai warga Korea pertama mencipta rekod baharu di sini. 

Psy bernaung di bawah syarikat pengurusan Scooter selepas kejayaan muzik video Gangnam Style

"Kami percaya, hanya masa akan menentukan sebelum dia menjadi seorang bintang dunia," kata Scooter. 

Menurutnya, ramai artis Amerika Syarikat (AS) yang mahu bekerjasama dengan Psy. 

"Terima kasih kerana mewawancara saya. Saya kini belajar bahasa Korea," katanya. 

Muzik video Gangnam Style yang disiarkan di laman YouTube telah ditonton sebanyak 252 juta kali. 

Psy menjadi terkenal di AS selepas muzik videonya itu disiarkan di laman tersebut pada Julai lalu. 

Penyanyi itu turut membuat persembahan pada Festival Muzik iHeart Radio di Las Vegas pada Jumaat lalu. 

[Sumber


No comments:

Post a Comment

Kalau sudi, jenguklah sini :)

Blog Ping

Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...