Ni apa ceritanya kat sini?

Anggota tentera laut Thai menari tarian kuda (video)

GAMBAR rakaman video yang tidak bertarikh menunjukkan beberapa anggota tentera laut menari tarian kuda di Pulau Phuket.
GAMBAR rakaman video yang tidak bertarikh menunjukkan
beberapa anggota tentera laut menari tarian kuda di Pulau Phuket. 

Beberapa anggota Tentera Laut Diraja Thailand menari tarian kuda yang sebelum ini dipopularkan oleh penyanyi rap Korea Selatan, Psy dalam muzik video Gangnam Style, lapor agensi berita AP semalam. 

Klip video yang menunjukkan anggota tentera itu menari tarian tersebut dimuat naik di laman YouTube pada Khamis lalu. 

Seorang pegawai tentera laut, Leftenan Komander Patiroop Khemtis berkata, klip tersebut disiarkan semasa parti tahunan yang diadakan di sebuah pangkalan tentera di Pulau Phuket, selatan Thailand pada Rabu lalu. 

Tarian kuda itu kini menjadi popular di kebanyakan negara termasuk di Amerika Syarikat (AS). 

Video muzik Gangnam Style telah ditonton lebih 292 juta kali di YouTube sejak ia dimuat naik pada 15 Julai lalu. 

Tarian tersebut juga menyebabkan Psy, 34, menjadi terkenal di AS dan dipikat menjadi artis syarikat Schoolboy Records milik Scooter Braun. 

Braun merupakan pengurus penyanyi remaja terkenal, Justin Bieber. 

[Sumber



No comments:

Post a Comment

Kalau sudi, jenguklah sini :)

Blog Ping

Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...