Ni apa ceritanya kat sini?

Aktres saman penerbit filem Innocence of Muslims

Cindy Lee Garcia
Cindy Lee Garcia 
Aktres yang berlakon dalam filem anti-Islam dan mencetuskan kemarahan di seluruh dunia, Cindy Lee Garcia menyaman penerbit filem berkenaan atas tuduhan menipu dan fitnah. 

Garcia turut menggesa supaya Google mengeluarkan klip filem itu dari dalam talian. Saman yang difailkan pada Rabu di Los Angeles menyatakan bahawa dia ditipu oleh Nakoula Basseley Nakoula, individu yang bertanggungjawab menghasilkan filem Innocence of Muslims. 

Dia mendakwa tidak menyedari filem itu mengandungi unsur anti-Islam dan menyatakan skrip yang diterimanya langsung tidak menyebut mengenai Nabi Muhammad SAW. 

Saman itu menjelaskan bahawa Garcia mengetahui mengenai filem terbabit melalui satu iklan dan akan muncul dalam sebuah filem Mesir purba yang kemudiannya berubah menjadi mesej anti-Islam. 

"Filem ini keji dan patut dikecam. Saman ini bukanlah serangan terhadap hak rakyat Amerika meluahkan apa yang mereka fikir. Saman ini juga menggesa supaya kandungan yang menghina sebegini dikeluarkan daripada internet," kata peguam Garcia, M. Cris Armenta dalam satu kenyataan. 

Peguam Garcia turut merancang untuk mendapatkan injunksi terhadap filem itu di sebuah mahkamah di Los Angeles. 

Sejak filem Innocence of Muslims tersebar, wanita itu menerima banyak ugutan bunuh dan tidak lagi boleh melawat cucunya. Filem tersebut juga memburukkan reputasinya, selain menyebabkan dia berasa malu, terhina dan terluka. 

[Sumber


2 comments:

Kalau sudi, jenguklah sini :)

Blog Ping

Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...