Tweet |
Ostrich Pillow |
Syarikat reka bentuk, Kawamura Ganjavian Studios mencipta sejenis produk bantal yang boleh digunakan untuk tidur dengan selesa tidak kira di mana-mana sahaja.
Kebiasaannya, orang ramai yang sering tidur di platform kereta api, lapangan terbang atau di atas meja di pejabat akan mengalami sakit tengkuk.
Namun, bantal terbaru yang dikenali sebagai Ostrich Pillow membolehkan pengguna berasa lebih selesa untuk tidur dalam apa jua keadaan.
Penciptanya, Ali Ganjavian, 33, menghasilkan bantal tersebut dengan menggabungkan ciri-ciri bantal mewah dan sarung muka, yang membolehkan penggunanya merehatkan kepala dan tangan di dalam bantal unik itu.
"Kita menghabiskan banyak masa setiap hari untuk bekerja dan tidur merupakan perkara penting dalam hidup kita.
"Jadi saya terfikir untuk mencipta produk yang membantu kita tidur dengan selesa," katanya.
Bantal tersebut dicipta untuk menghalang sebarang bunyi bising atau cahaya terang, sekali gus sesuai digunakan di tempat yang sibuk seperti di lapangan terbang.
Nama bantal itu, Ostrich Pillow yang dijual pada harga 50 pound (RM248), diambil sempena cara burung unta menanam kepala di dalam pasir.
[Sumber]
No comments:
Post a Comment