Ni apa ceritanya kat sini?

Lelaki telan berlian ditahan

Berlian yang ditelan Chou berjaya dikeluarkan dari perutnya.
Berlian yang ditelan Chou berjaya dikeluarkan dari perutnya. 

Seorang lelaki yang melawat satu pameran permata di Sri Lanka dilaporkan menelan sebutir berlian di hadapan pemiliknya menyebabkan beliau terpaksa dibawa ke hospital oleh pihak polis. 

Hasil X-ray menunjukkan permata berharga AS$13,000 (RM45,530) itu berada di dalam perut lelaki berkenaan. 

Pemilik berlian yang menyertai pameran itu, Suresh Wijekoon berkata bahawa lelaki berkenaan bersikap mencurigakan di premis beliau dan apabila beliau mendekati suspek, lelaki terbabit secara tiba-tiba menelan berlian di tangannya sebelum Suresh memaklumkan kepada pihak polis di tempat pameran berkenaan. 

Chou Wan, 32, dari China ditahan untuk siasatan lanjut, kata jurucakap polis, Ajith Rohana. 

Dalam badan 

“Laporan X-ray menunjukkan bahawa berlian itu berada dalam badan Chou,” kata pengarah hospital, Dr. Anil Jasinghe di Colombo National Hospital di mana suspek dibawa untuk menjalani ujian. 

Suresh pemilik Belgrade International Pvt Ltd berkata berlian terbabit seberat 1.5 karat dan dilaporkan bernilai 1.8 juta rupee Sri Lanka. 

Sri Lanka tidak melombong berlian tetapi terkenal dengan batu permata lain yang amat berharga. Facets Sri Lanka 2012 adalah pameran batu permata dan perhiasan tahunan terbesar negara berkenaan dan ia menarik sejumlah besar pembeli dalam dan luar negara. 

[Sumber


No comments:

Post a Comment

Kalau sudi, jenguklah sini :)

Blog Ping

Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...