Ni apa ceritanya kat sini?

Whitney Houston Meninggal Dunia


LOS ANGELES 12 Feb. - Penyanyi dan pelakon legenda, Whitney Houston yang pernah mencetuskan fenomena muzik di Amerika Syarikat pada 1980-90-an ditemui mati di bilik sebuah hotel di sini, semalam. 

Polis menerima panggilan kecemasan memaklumkan penyanyi itu ditemui terbaring di lantai bilik sebuah hotel di tingkat empat, kata jurucakap polis, Mark Rosen. 

Bintang tersebut meninggal dunia pada usia 48 tahun. 

"Pada pukul 3.55 petang waktu tempatan, Houston diumumkan meninggal dunia di hotel Beverly Hilton, kata Rosen. 

Katanya, polis setakat ini tidak menemui sebarang bukti menunjukkan terdapat perlakuan jenayah dan kes sedang disiasat jabatan polis Beverly Hills. 

Punca kematiannya belum dikenal pasti. 

Berita kematian bintang tersebut mengejutkan ramai peminatnya di seluruh dunia termasuk sahabat daripada golongan selebriti. 

Menerusi lagu-lagu seperti How Will i Know, Saving All My Love for You dan I Will Always Love You, Houston berjaya memartabatkan dirinya sebagai penyanyi pop sehingga digelar the Voice dan 'Ratu Pop'. 

Selain bidang nyanyian, bintang kulit hitam tersebut turut membuat penampilan dalam dua filem menerusi Waiting to Exhale dan The Bodyguard

Namun, kemasyhuran yang dimilikinya tenggelam apabila terlibat dengan dadah, selain menjadi mangsa keganasan rumah tangga selepas berkahwin dengan penyanyi Bobby Brown pada 1992. - AFP 



No comments:

Post a Comment

Kalau sudi, jenguklah sini :)

Blog Ping

Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...